Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Sindiket Dadah Tumpas, Polis Rampas Syabu RM35.4 Juta

Loading...

 




Sindiket dadah tumpas, polis rampas syabu RM35.4 juta

Harian Metro
22/3/2021

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman berjaya menumpaskan sindiket dadah di Kajang, Rabu lalu, yang membawa masuk syabu bernilai RM35.4 juta dari Thailand ke Lembah Klang melalui Kelantan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, serbuan sekitar 9.15 malam itu dilakukan di sebuah rumah dan polis turut memberkas tiga suspek lelaki warga tempatan berusia 37 hingga 42 tahun.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 26 guni plastik yang mengandungi 650 bungkusan plastik berisi dadah dianggarkan seberat 673.2 kilogram.

Polis turut membuat pemeriksaan ke atas sebuah lori yang diletakkan di hadapan rumah itu dan menjumpai 12 guni plastik berisi dadah syabu dengan anggaran berat 309.85 kilogram.

Jumlah keseluruhan dadah yang dirampas adalah sebanyak 983 kilogram yang mana jumlah dadah itu boleh digunakan oleh 4,915,000 penagih dadah.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, pada Isnin.

Source: Harian Metro YouTube
Loading...
Back To Top