Loading...
Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP/PKPB/PKPP) 2 Mac 2021
1. Task Force Operasi Pematuhan
3,369 Pasukan Task Force Pematuhan terdiri daripada 15,075 anggota telah melakukan 71,594 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP
Sebanyak 4,527 pasar raya, 5,570 restoran, 2,212 penjaja, 1,747 kilang, 2,062 pasar awam/tani, 3,972 bank, 1,004 pejabat kerajaan, 3,644 tempat ibadah serta 1,542 tempat riadah telah diperiksa.
Semalam, PDRM juga telah menahan 400 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 352 telah dikompaun manakala 48 individu direman.
2. Kawalan Sempadan Negara
Semalam, Op Benteng telah berjaya menahan 8 PATI, dan merampas 5 kenderaan darat serta 74 bot/kapal turut dikesan di perairan negara melalui 2 aktiviti penglihatan
Sebanyak 445 SJR Op Benteng dilaksanakan di seluruh negara seperti berikut:
Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) - 389 SJR
Op Benteng PDRM - 47 SJR
Op Benteng AKSEM - 9 SJR
3. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi Selangor, WP Kuala Lumpur, N. Sembilan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, dan Kelantan bermula 5 Mac 2021 sehingga 18 Mac 2021
4. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi Melaka, Pahang, Terengganu, Perlis, Sabah, WP Putrajaya dan WP Labuan bermula 5 Mac 2021 sehingga 18 Mac 2021
5. Pergerakan rentas daerah dalam negeri DIBENARKAN (KECUALI negeri Sabah) manakala pergerakan rentas negeri masih TIDAK DIBENARKAN berkuatkuasa 5 mac 2021
6. Semua majlis rasmi/ tidak rasmi kerajaan/ swasta serta majlis sosial di kawasan PKPB dan PKPP adalah DIBENARKAN berkuatkuasa 5 Mac 2021
Had kehadiran bagi kawasan PKPB adalah 50 peratus keluasan premis manakala bagi PKPP adalah mengikut keluasan premis.
7. Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Perumahan Townvilla dan semua blok flat Sibujaya pada 4 Mac 2021 KECUALI Blok C,H,J,K,L,N dan R yang DILANJUTKAN bermula 5 sehingga 11 Mac 2021.
Loading...