Loading...
Bantuan Moratorium Bersasar Masih Lagi Dibuka |
PEMERKASA: Bantuan moratorium bersasar masih lagi dibuka - PM Muhyiddin
Astro Awani
17/3/2021
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bantuan moratorium bersasar masih lagi dibuka kepada orang ramai.
Menurutnya, kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia (BNM) setakat ini berjaya mengurangkan beban 1.4 juta peminjam individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas.
"Ia melibatkan kadar kelulusan sehingga 95 peratus.
"Saya ingin menekankan bahawa bantuan ini masih dibuka kepada orang ramai," katanya pada Pengumuman Khas Perdana Menteri Pemerkasa di sini, pada Rabu.
Dalam pada itu, dalam mengukuhkan persekitaran perniagaan, Muhyiddin berkata, kerajaan melalui Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) komited memastikan peraturan yang tangkas atau agile regulation dilaksanakan bagi mendorong pelaburan semula perniagaan domestik.
Ia katanya, termasuk perluasan program Authorised Economic Operator national yang memberi kemudahan laluan hijau kepada syarikat yang layak bagi urusan esport dan import serta pemendekan tempoh memproses permohonan pelaburan.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
Infografik PEMERKASA.#KitaJagaKita#Pemerkasa pic.twitter.com/0vz8iZf2TN
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) March 17, 2021
Infografik PEMERKASA.#KitaJagaKita#Pemerkasa pic.twitter.com/n666qJZXti
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) March 17, 2021
Infografik PEMERKASA.#KitaJagaKita#Pemerkasa pic.twitter.com/pyW8U5DdUh
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) March 17, 2021
Infografik PEMERKASA.#KitaJagaKita#Pemerkasa pic.twitter.com/f6xEohduKJ
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) March 17, 2021
Infografik PEMERKASA.#KitaJagaKita#Pemerkasa pic.twitter.com/ELtY65YGLs
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) March 17, 2021
Loading...