Pemandu teksi dan penunggang motosikal ditahan polis
Kelab Info Malaysia
6/3/2021
Petaling Jaya: Polis menahan dua lelaki yang terbabit dalam pergaduhan di Damansara di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.20 petang itu, lelaki yang juga pemandu teksi dipukul menggunakan besi pengunci stereng miliknya.
Difahamkan, kejadian berpunca
Loading...
apabila seorang penunggang motosikal menegur pemandu teksi kerana menghimpitnya.
Berang ditegur, pemandu teksi itu mengeluarkan besi pengunci stereng untuk memukul penunggang terbabit.
Bagaimanapun penunggang itu merampas besi pengunci motosikal dan memukul lelaki berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan tangkapan.
"Kedua-dua individu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 120/324 Kanun Keseksaan," katanya.
Source: Kelab Info Malaysia / Harian Metro
Loading...