Dua komponen utama Muafakat Nasional, iaitu UMNO dan Pas bermesyuarat di Menara Dato Onn pada jam 4 petang ini. Tidak seperti pertemuan-pertemuan lalu, mesyuarat kali ini disulami dengan ketegangan antara pemimpin dua-dua parti terbesar Melayu itu, memandangkan situasi politik tidak lagi seperti sebelumnya.