Loading...
BANDAR BARU CHENG MELAKA BANJIR KILAT
Melaka dilanda banjir kilat
Astro Awani
29/3/2021
MELAKA: Hujan lebat sejak jam 7 pagi pada Isnin mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dilanda banjir kilat.
Hujan berterusan lebih tiga jam itu turut menyebabkan beberapa laluan termasuk di Jalan Cheng dan Malim dinaiki air dan tidak boleh dilalui, lapor Sinar Harian.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, sebuah jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangga Batu melakukan khidmat bantuan banjir kilat di Cheng.
Menurutnya, banjir kilat itu dipercayai berlaku akibat longkang tersumbat sehingga tidak dapat menampung kapasiti air yang banyak, sekali gus melimpah ke atas jalan.
"Kita sentiasa bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan masih meneruskan pemantauan.
"Setakat ini belum ada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.
Tinjauan mendapati beberapa kenderaan terkandas sebelum diberikan bantuan dan dialihkan ke tempat selamat.

Source: Astro Awani / Sinar Harian
FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...