Loading...
Lelaki maut lepas kereta langgar tiang projek SUKE
Kelab Info Malaysia
17/3/2021
Kuala Lumpur: Pemandu kereta Proton Persona maut selepas kenderaan itu melanggar tiang projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berhampiran stesen minyak di Bandar Tun Razak di sini, hari ini.
Malah, kereta dipandu lelaki berusia 37 tahun itu turut terbakar 20 peratus di bahagian enjin.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku dipercayai apabila dua kereta, Perodua Viva dan Proton Persona bergesel lalu terbabas dan melanggar tembok.
Menurutnya, dalam kejadian itu, seorang lelaki maut di lokasi kejadian selepas keretanya terbakar.
Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur Mohd Fakhrulsyakia Mamat berkata, bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.02 pagi.
Susulan itu katanya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besi bersama dengan kekuatan tujuh orang anggota dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, setibanya di lokasi, didapati berlaku kebakaran membabitkan sebuah kereta yang melanggar tiang projek pembinaan di lebih raya SUKE sebelum terbakar.
"Kebakaran berlaku di bahagian enjin dengan kemusnahan kebakaran dianggarkan 20 peratus.
"Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit di bahagian pemandu, sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh paramedik," katanya dalam kenyataan, hari ini .
Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi tamat sepenuhnya pada 6.28 pagi.

Source: Kelab Info Malaysia / Harian Metro
Loading...