Loading...
Illi Najwa Tidak Pernah Keluar Islam
Kahwin Kapten Hoki India: Illi Najwa masih beragama Islam - JAINJ
Astro Awani
18/3/2021
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) mendapati Illi Najwa Anuar Hussein Saddique masih beragama Islam dan tidak pernah keluar dari agama Islam.
Ia hasil siasatan terhadap status agama dan perkahwinannya selepas melangsungkan perkahwinan dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar pada tahun lalu, yang menimbulkan kontroversi.
Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata pihak JAINJ telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain bagi mengambil keterangan.
Illi Najwa menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim
"Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk menghadap Baginda Tuanku Sultan," memetik muat naik status di Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Menjelas lanjut, Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses sekali gus mengklasifikasikan kes itu telah selesai.
Dalam muat naik status itu, beberapa foto dikongsikan yang menunjukkan sesi menghadap Sultan Ibrahim oleh Illi Najwa yang turut diiringi oleh Yahya dan Pengarah JAINJ, Datuk Md Rofiki Shamsudin di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru
Pada Disember lalu, Sultan Johor menitahkan JAINJ dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.
Sultan Ibrahim bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, Baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
SULTAN JOHOR TERIMA MENGADAP MUFTI JOHOR, PENGARAH JAINJ DAN ILLI NAJWA SADDIQUE DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni...
Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Wednesday, March 17, 2021
Loading...