Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Individu Menjalani Kuarantin Di Sebuah Hotel mendakwa Telah Dihidangkan Makanan Mengandung Daging Babi

Loading...

Individu jalani kuarantin di hotel dakwa dihidang daging babi

Astro Awani
14/3/2021

IPOH: Seorang individu yang menjalani tempoh kuarantin di sebuah hotel di sini, mendakwa telah dihidangkan makanan yang mengandungi daging babi.

Perkara itu yang dikongsikan individu berkenaan di laman sosial pada Sabtu, mendakwa dia terkejut apabila hidangan makan malam yang disangka ayam rupa-rupanya adalah daging babi.

“Kebanyakan makanan yang disediakan tidak berlabel dan kakitangan memberi jaminan hidangan yang disediakan adalah ayam ketika ditanya.

“Saya terus mesej pihak bertanggungjawab tetapi tiada maklum balas menyebabkan saya menemui penyambut tetamu memaklumkan perkara tersebut selain menerima layanan tidak sewajarnya daripada pihak hotel," katanya.

Individu yang bukan beragama Islam itu mendakwa telah membelanjakan lebih RM1,000 untuk menjalani tempoh kuarantin di hotel berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Khairul Ridzuan Mat Said berkata, pihaknya sedia maklum dengan isu tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan.

Menurutnya, segala urusan berkaitan makanan, penginapan dan keperluan asas penghuni di pusat kuarantin adalah tanggungjawab di bawah agensi terlibat.

“Jawatankuasa yang bertanggungjawab daripada agensi ini mungkin akan menyemak semula adakah perkara ini benar atau tidak," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan itu.

Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku salah faham apabila pengadu seorang vegetarian dibekalkan makanan tersebut.

“Atas sikap prihatin dibimbangi diterima oleh penghuni beragama Islam, pihak pengurusan telah melantik dua katerer berlainan untuk urusan menyiapkan makanan halal dan tidak halal.

“Meja pun diasingkan apabila makanan dihantar, tilidak timbul lagi isu penghuni Islam terima makanan tidak halal setakat ini,” tambahnya.

Beliau menasihatkan agar semua pihak bertenang kerana isu tersebut timbul susulan salah faham.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/individu-jalani-kuarantin-di-hotel-dakwa-dihidang-daging-babi-287925
Loading...
Back To Top