Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Duta Malaysia ke Indonesia dan isteri positif COVID-19

Loading...
Duta Malaysia ke Indonesia, isteri positif COVID-19

Astro Awani
15/3/2021

KUALA LUMPUR: Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar dan isteri, Datin Sakhiah Mohd Soom dilaporkan positif COVID-19.

Kedua-dua mereka kini dirawat di sebuah hospital tentera di Jakarta sejak seminggu lalu.

Zainal Abidin difahamkan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sementara, Sakhiah ditempatkan di wad biasa.

Astro AWANI juga dimaklumkan, ketua perwakilan Malaysia itu diberi bantuan oksigen, namun, keadaannya semakin pulih dan tidak membimbangkan.

“Doktor melakukan pemantauan rapi ke atas Datuk Zainal dan Datin Sakhiah. Alhamdulillah, keadaan mereka berdua semakin baik dan tidak membimbangkan.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang, mereka akan dibenarkan keluar hospital hujung minggu ini,” kata sumber Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia kepada Astro AWANI ketika dihubungi pada Isnin.

Sebelum ini, rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia menerima mesej di aplikasi WhatsApp yang memaklumkan Zainal sedang menerima rawatan di ICU kerana positif COVID-19.

Mesej yang dikeluarkan pejabat Keduataan Besar Malaysia itu juga meminta semua pihak mendoakan kesejahteraan Zainal.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...
Back To Top