Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

"Datuk" Bekas Pengarah Urusan Bank Antara Empat Individu Ditahan SPRM, Lulus Pinjaman RM400 Juta Untuk Projek Tidak Wujud

Loading...


Bekas pengarah urusan bank antara empat individu ditahan, lulus pinjaman projek tidak wujud

Astro Awani
31/3/2021

PUTRAJAYA: Seorang bekas pengarah urusan sebuah bank bergelar Datuk antara empat individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah bagi meluluskan pinjaman kewangan sejumlah RM400 juta kepada sebuah syarikat untuk projek yang tidak wujud, semalam.

Kesemua mereka yang berusia antara 49 dan 53 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar ibu negara, lewat petang Selasa.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan keempat-empat suspek dipercayai menerima rasuah dianggarkan SG$3.2 juta (RM8 juta, nilai ketika kejadian berlaku) sebagai komisen untuk meluluskan permohonan pinjaman kewangan sebanyak RM400 juta bagi projek yang tidak wujud.

"Kita mendapati ia adalah perbuatan licik yang berkomplot dengan orang dalam iaitu dengan sengaja mewujudkan projek yang tidak sah dengan tujuan untuk memohon pinjaman kewangan.

"Setelah pinjaman kewangan diluluskan dan wang diperolehi, syarikat yang memohon telah ditutup dan projek tidak dilaksanakan," katanya di sini, pada Rabu.

Suspek bergelar Datuk yang juga bekas presiden bank tersebut dikatakan telah memberikan keistimewaan meluluskan pinjaman tersebut tanpa mengikut prosedur dan kajian kebolehlaksanaan disebabkan rasuah diterima.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes disiasat itu, katanya, disiasat mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

"Kita juga mendapat perintah reman ke atas kesemua empat suspek selama tiga hari bermula hari ini," jelas Azam.

Perintah reman yang dikeluarkan mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...
Back To Top