Loading...
medium;">Harian Metro
5/3/2021
Dua lelaki yang videonya tular terbabit insiden rempuhan kenderaan di persimpangan lampu isyarat Sierramas, Sungai Buloh, pada 26 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Mustaza Mustaffa, 35, berdepan tujuh pertuduhan antaranya cubaan membunuh anggota polis dan memiliki senjata berbahaya, manakala rakannya Khairul Fazily Fadzil, 40, yang dikenali Bob Mah Sing pula berdepan dua pertuduhan.
Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah. Mahkamah kemudian membenarkan Mustaza diikat jamin RM40,000 bagi kesemua pertuduhan berkenaan, sementara Khairul Fazily tidak diberi ikat jamin kerana tiada penjamin.
Source: Harian Metro YouTube
Loading...