Loading...
Anwar Ibrahim selesai menerima suntik vaksin COVID-19 dos pertama di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi ini. |
Anwar Ibrahim terima suntikan vaksin dos pertama
Astro Awani
16/3/2021
KUALA LUMPUR: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menerima suntik vaksin COVID-19 dos pertama di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi ini.
Dalam satu perkongsian di akaun Facebook miliknya, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut mencadangkan agar proses pendaftaran vaksin dipermudahkan kerana ia dilihat terlalu rumit ketika ini dengan borang dan semakan.
Anwar juga menggesa orang ramai untuk tidak melengahkan untuk mendaftarkan diri menerima vaksin di Aplikasi MySejahtera.
“Saya cadang permudahkan proses pendaftaran dan tatkala mengambil vaksin, memandangkan terlalu rumit dengan borang dan semakan.
“Saya juga harap rakyat sedar akan kepentingan vaksin dan tingkatkan pembacaan tentangnya. Penting juga untuk kita keluar dari zaman sakit ini dan seterusnya dapat kita membina serta memulihkan ekonomi kita,” katanya dalam perkongsian itu.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan petugas perubatan yang diketuai Dr Murugesu Raju atas khidmat yang diberikan sepanjang proses vaksinasi berlangsung.
Saya telah selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur pagi ini. Terima kasih kepada...
Posted by Anwar Ibrahim on Monday, March 15, 2021
Loading...