Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

16 Tan Dadah Bernilai RM5.2 Bilion Dirampas, Terbesar Dalam Sejarah Negara

Loading...

Dadah 16 tan bernilai RM5.2 bilion dirampas, terbesar dalam sejarah negara

Astro Awani
23/3/2021

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Malaysia berjaya melumpuhkan kartel dadah antarabangsa sekali gus merampas dadah jenis amphetamine dengan nilai RM5.2 bilion, terbesar dalam sejarah rampasan dadah Malaysia.

Ia hasil kerjasama Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melalui perkongsian maklumat perisikan dengan Direktorat Jeneral Pengawalan Narkotik, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi dan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

JKDM dalam satu kenyataan memaklumkan kartel pengedaran dadah antarabangsa itu melibatkan pil captagon yang disyaki mengandungi dadah jenis amphetamine di Pelabuhan Klang, Selangor.

"Hasil pembongkaran menjumpai anggaran sebanyak 94.8 juta biji pil captagon disyaki mengandungi dadah jenis Amphetamie dengan berat kasar dalam anggaran sebanyak 16 tan dan dianggarkan bernilai RM5.2 bilion yang disorokkan di dalam tayar troli.

"Siasatan awal mendapati kontena-kontena tersebut tiba dari sebuah negara di Timur Tengah dan dipercayai untuk dihantar ke sebuah negara di Asia Timur.

"Rampasan 16 tan pil captagon yang dianggarkan bernilai RM5.2 billion pada tahun ini merupakan rampasan dadah terbesar yang pernah direkodkan oleh JKDM setakat ini," memetik kenyataan itu.

Untuk rekod sepanjang tahun 2018, JKDM telah merampas sebanyak 3.35 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM160 juta, manakala bagi tahun 2019, JKDM telah merampas sebanyak 4.75 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM790 juta dan pada tahun 2020, JKDM telah merampas sebanyak 2.86 tan dadah pelbagai jenis bernilai RM117 juta.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dadah-16-tan-bernilai-rm52-bilion-dirampas-terbesar-dalam-sejarah-negara-289550





16 TAN DADAH BERNILAI RM5.2 BILION MENJADI RAMPASAN DADAH TERBESAR KASTAM NILAI, 23 Mac 2021 - Cawangan Narkotik, Ibu...

Posted by Jabatan Kastam Diraja Malaysia on Monday, March 22, 2021
Loading...
Back To Top