Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Video Viral - Sekumpulan Lelaki Membuat Kecoh Di Restoran Sri Paandi

Loading...

Mengamuk sebab tak dapat makan

Info Roadblock JPJ/POLIS
1 Mac 2021

Kuala Lumpur: Sekumpulan lelaki membuat kecoh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambathan di sini, semalam, dengan membaling kerusi dan meja.

Tindakan kumpulan berkenaan yang dilihat mengamuk itu tular di media sosial hari ini.
Berdasarkan video yang ditularkan, be berapa lelaki dilihat membaling kerusi dan meja milik restoran berkenaan.

Kumpulan itu juga dilihat seakan-akan bergaduh dipercayai dengan pekerja restoran itu.

Difahamkan, kejadian berlaku akibat kumpulan itu tidak berpuas hati kerana gagal memesan makanan.

Warganet yang berada di lokasi mendakwa kumpulan itu datang ke restoran berkenaan untuk makan pada 9.30 malam.

Namun, permintaan mereka tidak dilayan kerana restoran dalam persediaan untuk menutup operasi.

Akibat tidak berpuas hati berlaku pertelingkahan sebelum beberapa lelaki berkenaan 'mengamuk'.


Source: Info Roadblock JPJ/POLIS / Harian Metro

Loading...
Back To Top