Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Syabu Bernilai RM22.46 Juta Dirampas - Video

Loading...

 

Syabu bernilai RM22.46 juta dirampas

Harian Metro
1 Mac 2021

Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah dengan rampasan syabu seberat 623.76 kilogram (kg) bernilai RM22.46 juta yang disembunyikan di ruang khas di bahagian bawah lori di Bukit Mertajam, Khamis lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata, kegiatan itu terbongkar selepas anggota Unit Bermotosikal (URB) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mengesan lori seberat tiga tan yang diparkir dalam keadaan mencurigakan pada 2 pagi.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati tiga warga Indonesia sedang memunggah dadah dari lori ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda BRV.

Menyedari kehadiran polis, tiga suspek berkenaan melarikan diri namun seorang daripadanya berusia 23 tahun berjaya ditahan.

Beliau berkata pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, hari ini.

Source: Harian Metro YouTube
Loading...
Back To Top