Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 25 Februari 2021

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 25 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

25 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 25 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,752 kes (263,761 kes kumulatif, 89.8%);
  • Kes baharu : 1,924 kes (293,698 kes kumulatif);
  • Kes import : 6 kes (2 warganegara; 4 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 1,918 kes [1,543 warganegara (80.4%); 375 bukan warganegara (19.6%)];
  • Kes aktif : 28,837 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 205 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes; dan
  • Kes kematian : 12 kes (1,100 kes kumulatif, 0.37%).

Sejak penguatkuasaan Ordinan Darurat pada 11 Januari 2021, Malaysia telah menunjukkan tren penurunan kes harian baharu secara konsisten dan pada hari ini buat pertama kalinya Malaysia kembali melaporkan kes harian kurang daripada 2,000 kes. Ini adalah merupakan perkembangan yang sangat positif dan diharapkan situasi semasa COVID-19 akan bertambah baik.

Negeri Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 666 kes (34.6 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 527 kes (79.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 257 kes (13.4 peratus) dan Sarawak sebanyak 219 kes (11.4 peratus).

Sebanyak 105 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (41 kes), Kluster Damai Pelangi (32 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (15 kes), Kluster Tembok Bendera (13 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes),  dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan sembilan (9) kes di Selangor, dua (2) kes di Sarawak, dan satu (1) kes di  Pulau Pinang. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 25 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,111 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 612 kluster (termasuk 18 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Bali Residence, Kluster Kapital, Kluster Anak Air, Kluster Jalan Suria, Kluster Medan Jasa, Kluster Jalan Kejora, Kluster Kafe Genting, Kluster Kampung Lebu, Kluster Jalan Pakat, Kluster Jalan Medini, Kluster Jalan Playar, Kluster Persiaran Selatan, Kluster Jalan Perak, Kluster Kayuh, Kluster Jalan Satria, Kluster Jalan Danau, Kluster Jalan Dewani Satu, dan Kluster Jalan Indah);
  • Jumlah kluster aktif : 499 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 93 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Perindustrian Pelepas (55 kes), Kluster Tanjung Suria (47 kes), dan Kluster Tembok Tapah (41 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan lima (5) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster melibatkan komuniti, dan satu (1) kluster kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Industri 19 Selangor Tempat Kerja
2 SS Lapan Selangor Tempat Kerja
3 Industri Jalan Empat Selangor Tempat Kerja
4 Jalan Putra Silang WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
5 Tapak Bina Indera Mahkota Pahang Tempat Kerja
6 Kampung Mak Teh Perak Komuniti
7 Jalan Ho Pin Sarawak Komuniti
8 Lorong Murni Pulau Pinang Kumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

25 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 25 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 666 (2) 97,484
SABAH 93 52,466
JOHOR 257 35,027
WP KUALA LUMPUR 218 (3) 34,397
NEGERI SEMBILAN 62 15,602
PULAU PINANG 162 11,135
PERAK 120 10,084
SARAWAK 219 (1) 8,869
KEDAH 29 7,556
MELAKA 22 5,935
KELANTAN   44 4,708
PAHANG 19 3,748
TERENGGANU 6 3,172
WP LABUAN 4 2,251
WP PUTRAJAYA 2 1,056
PERLIS 1 208
JUMLAH KESELURUHAN 1,924 (6) 293,698

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 1,924 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 25 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 666 kes 
    • 187 kes daripada kluster-kluster, termasuk 43 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri 19, Kluster Industri Jalan Empat, dan Kluster SS Lapan;
    • 340 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 137 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 257 kes  
    • 107 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 90 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 219 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Ho Pin;
    • 59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 105 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 218 kes  
    • 53 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Putra Silang;
    • 98 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 162 kes 
    • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Murni;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 65 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 120 kes
    • 98 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Mak Teh;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 93 kes 
    • 34 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 62 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 44 kes
    • 15 kes daripada kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 29 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 22 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: 19 kes
    • 10 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Indera Mahkota;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Enam (6) kes
    • Lima (5)daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan 12 kes kematian pada 25 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1089 166754 Selangor Lelaki (WN) 52 Hospital Serdang Penyakit darah tinggi, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik
1090 169896 Selangor Lelaki (WN) 78 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dementia, dan buah pinggang kronik
1091 169898 Selangor Perempuan (WN) 74 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan obesiti
1092 173302 Selangor Perempuan (WN) 59 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, obesiti, dan buah pinggang kronik
1093 191249 Selangor Perempuan (WN) 72 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1094 201327 Selangor Lelaki (WN) 72 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, strok, dan buah pinggang kronik
1095 214450 Sarawak Lelaki (WN) 91 Hospital Sibu Penyakit darah tinggi, strok, dan gout
1096 279740 Sarawak Perempuan (WN) 74 Hospital Sibu Penyakit kencing manis dan darah tinggi
1097 288782 Selangor Perempuan (WN) 82 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1098 288792 Selangor Lelaki (WN) 58 Hospital Kuala Lumpur Penyakit tuberkulosis dan adrenal insufficiency
1099 288798 Selangor Lelaki (WN) 63 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur Penyakit darah tinggi
1100 291081 Pulau Pinang Lelaki (WN) 77 Jenazah dibawa ke Hospital Balik Pulau Penyakit kencing manis dan darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara

LAMPIRAN 4

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER INDUSTRI 19

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 24 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di U19, Jalan Industri, Kampung Baru Sungai Buloh, Shah Alam. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 84 individu telah disaring, di mana 34 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SS LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang, Kuala Selangor, dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di SS 8, Zon Perindustrian Bebas Sungai Way, Petaling Jaya. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 600 individu telah disaring, di mana 36 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI JALAN EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat, Klang, dan Sepang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan P/4, Kawasan Perindustrian Bangi, Hulu Langat. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 193 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN HO PIN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Samarahan, Kuching, dan Serian di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-279787) dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung dari 11 Februari 2021 hingga 13 Februari 2021 di Kuching. Nama kluster merujuk kepada kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Ho Pin off Jalan Datuk Mohd Musa, Samarahan. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PUTRA SILANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Cheras, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Bentong di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-276106) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Kasipillay, off Jalan Ipoh, Kepong. Nama kluster merujuk kepada alamat kediaman kes indeks iaitu di Jalan Silang, Taman Kepong Setia. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LORONG MURNI

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-287624) dilaporkan positif COVID-19  pada 23 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Lorong Murni 9, Taman Desa Murni, Seberang Perai Utara. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG MAK TEH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-283224) dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dalam kluster ini iaitu di Kampung Mak Teh, Jalan Tapah, Batang Padang. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA INDERA MAHKOTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285746) dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Indera Mahkota 2, Kuantan. Sehingga 25 Februari 2021, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top