Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 23 Februari 2021

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 23 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 23 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,055 kes (256,678 kes kumulatif, 89.1%);
  • Kes baharu : 2,468 kes (288,229 kes kumulatif);
  • Kes import : 4 kes (2 warganegara; 2 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,464 kes [1,549 warganegara (62.9%); 915 bukan warganegara (37.1%)];
  • Kes aktif : 30,475 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 196 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 92 kes; dan
  • Kes kematian : 14 kes (1,076 kes kumulatif, 0.37%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 932 kes (37.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 579 kes (62.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (17.3 peratus) dan Perak sebanyak 308 kes (12.5 peratus).

Sebanyak 175 kes (7.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (107 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (36 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (19 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (9 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan 10 kes di Selangor, dua (2) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di  Johor dan Sabah. Sebanyak 13 kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 23 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,095 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 586 kluster (termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Taman Kesedar, Kluster Jalan Manan, Kluster Bah Sayap, Kluster Dialisis Malim, Kluster Kampung Bukit Putera, Kluster Bersepadu, Kluster Kilang Setapak, dan Kluster Jalan Canang Emas);
  • Jumlah kluster aktif : 509 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 90 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Digital Lapan (131 kes), Kluster Tembok Bendera (107 kes), dan Kluster Jalan Pelabuhan (95 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan 11 kluster berkaitan tempat kerja dan dua (2) kluster melibatkan komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Tapak Bina Digital Lapan Johor Tempat Kerja
2 Jalan Wawasan 16 Johor Tempat Kerja
3 Jalan Cyber Sembilan Johor Tempat Kerja
4 Jalan Tebrau Pandan Johor Tempat Kerja
5 Jalan Damai Selangor Tempat Kerja
6 Jalan Serendah Selangor Tempat Kerja
7 Subang Tiga Selangor Tempat Kerja
8 Jalan Setiawangsa WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
9 Jalan Bayam WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
10 Tapak Bina Jalan Ekar Negeri Sembilan Tempat Kerja
11 Jalan PKNK 3/3 Kedah Tempat Kerja
12 Taman Mawar Sabah Komuniti
13 Jalan Muhibbah Sarawak Komuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

23 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 23 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 932 (2) 96,237
SABAH 94 52,268
JOHOR 428 34,452
WP KUALA LUMPUR 155 33,798
NEGERI SEMBILAN 100 14,148
PULAU PINANG 155 10,878
PERAK 308 9,776
SARAWAK 133 8,297
KEDAH 15 7,510
MELAKA 22 5,887
KELANTAN   96 4,611
PAHANG 11 3,721
TERENGGANU 9 3,144
WP LABUAN 6 (2) 2,242
WP PUTRAJAYA 4 1,053
PERLIS 0 207
JUMLAH KESELURUHAN 2,468 (4) 288,229

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Kes positif 2,468 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 23 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 932 kes 
    • 172 kes daripada kluster-kluster, termasuk 37 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Damai, Kluster Subang Tiga, dan Kluster Jalan Serendah;
    • 407 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 351 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 428 kes  
    • 192 kes daripada kluster-kluster, termasuk  148 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Digital Lapan, Kluster Jalan Wawasan 16, Kluster Jalan Cyber Sembilan, dan Kluster Jalan Tebrau Pandan;
    • 145 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 91 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 308 kes
    • 296 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 155 kes  
    • 61 kes daripada kluster-kluster, termasuk 54 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Setiawangsa dan Kluster Jalan Bayam;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 155 kes 
    • 77 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 133 kes
    • 79 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Muhibbah;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 35 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 100 kes
    • 74 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Ekar;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 96 kes
    • 55 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • 11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 94 kes 
    • 32 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Mawar;
    • 32 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 22 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 14 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 15 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan PKNK 3/3;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 11 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Sembilan (9) kes
    • Lima (5)daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan 14 kes kematian pada 23 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1063 152232 Selangor Perempuan (WN) 69 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi, dislipidemia, hyperthyroidism, dan jantung
1064 173328 Selangor Perempuan (WN) 57 Jenazah dibawa ke Hospital Serdang Penyakit kencing manis
1065 176346 Selangor Lelaki (WN) 69 Hospital Serdang Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan gout
1066 201331 Selangor Lelaki (WN) 68 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan paru-paru obstruktif kronik (COPD)
1067 219561 Selangor Lelaki (WN) 51 Hospital Sungai Buloh Penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi, strok, dan jantung
1068 228955 Selangor Perempuan (WN) 77 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, hyperthyroidism, dan jantung
1069 237215 Johor Lelaki (WN) 30 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Tuberkulosis
1070 243166 Selangor Lelaki (WN) 37 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1071 247870 Sarawak Lelaki (WN) 42 Hospital Sibu
1072 262086 Selangor Perempuan (WN) 50 Jenazah dibawa ke Hospital Selayang Penyakit darah tinggi
1073 262676 Selangor Perempuan (WN) 74 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan hyperparathyroidism
1074 266174 Sarawak Lelaki (WN) 76 Hospital Sibu Parkinson’s disease
1075 275948 Sabah Lelaki (WN) 55 Jenazah dibawa ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1076 255835 Selangor Lelaki (BWN) 50 Jenazah dibawa ke Hospital Ampang

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN DAMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Damai, Kampung Batu Belah, Klang. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 95 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUBANG TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Subang 3, Subang Jaya Industrial Estate, Petaling. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 68 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SERENDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling, Sepang, Klang, dan Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 19 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Serendah, HICOM Industrial Estate, Shah Alam. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 1,000 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA DIGITAL LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Digital 8, Taman Perindustrian Kulai. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 464 individu telah disaring, di mana 133 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN CYBER SEMBILAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cyber 9, Taman Perindustrian Senai IV, Kulai. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 199 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TEBRAU PANDAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273897) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Tebrau Pandan, Johor Bahru. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 112 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN WAWASAN 16

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-273890) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kes-kes dalam kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading 2, Batu Pahat. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 138 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SETIAWANGSA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak di Taman Setiawangsa, Titiwangsa. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 51 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN BAYAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah pasar raya yang terletak berhampiran Jalan Bayam, Cheras. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN MUHIBBAH

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-274498) dilaporkan positif COVID-19 pada 18 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Jalan Muhibbah, Betong. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 110 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN EKAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Ekar 1/3, Kampung Rantau, Seremban. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 170 individu telah disaring, di mana 50 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN MAWAR

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-286694) dilaporkan positif COVID-19 pada 23 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis sosial yang berlangsung di Taman Mawar, Sandakan. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PKNK 3/3

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan PKNK 3/3, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 23 Februari 2021, sejumlah 255 individu telah disaring, di mana 40 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top