Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 22 Februari 2021

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 22 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

22 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,414 kes (252,623 kes kumulatif, 88.4%);
  • Kes baharu : 2,192 kes (285,761 kes kumulatif);
  • Kes import : 3 kes (2 warganegara;1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 2,189 kes [1,337 warganegara (61.1%); 852 bukan warganegara (38.9%)];
  • Kes aktif : 32,076 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 199 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes; dan
  • Kes kematian : 6 kes (1,062 kes kumulatif, 0.37%).

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 742 kes (81.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 303 kes (13.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 221 kes (10.1 peratus).

Sebanyak 109 kes (5.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39 kes), Kluster Tembok Bendera (26 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (25 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (9 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (6 kes), Kluster Tembok Taiping (2 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua (2) kes di Selangor, dan masing-masing satu (1) kes di  Pahang, Johor, Sabah, dan Sarawak. Sebanyak lima (5) kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 22 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,082 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 8 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 578 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Parit Jamil, Kluster Manik, Kluster Batu Lapan, Kluster Paloh Tumpat, Kluster Pondok Hidayah, Kluster Sungai Chemubong, Kluster Jalan TJ, Kluster Stutong, Kluster Sungai Ibor, Kluster Industri Apas, Kluster Jalan KKIP Selatan, Kluster Kampung Bukit Lada, Kluster Teknologi Kesidang, dan Kluster Tropika);
  • Jumlah kluster aktif : 504 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 99 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Putus (186 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Pantai (62 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (54 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tujuh (7) kluster berkaitan tempat kerja dan satu (1) kluster melibatkan komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Tapak Bina Jalan Kota Selangor Tempat Kerja
2 Tapak Bina Lombong Timah Selangor Tempat Kerja
3 Pasar Jalan Putra Selangor Tempat Kerja
4 Tapak Bina Sungai Batu WP Kuala Lumpur Tempat Kerja
5 Industri Sungai Gadut Negeri Sembilan Tempat Kerja
6 Hilir Sungai Kluang Pulau Pinang Tempat Kerja
7 Sungai Bakong Sarawak Tempat Kerja
8 Emperoh Jambu Sarawak Komuniti

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 910 95,305
SABAH 110 52,174
JOHOR 211 (1) 34,024
WP KUALA LUMPUR 303 (2) 33,643
NEGERI SEMBILAN 64 14,048
PULAU PINANG 135 10,723
PERAK 148 9,468
SARAWAK 221 8,164
KEDAH 26 7,495
MELAKA 14 5,865
KELANTAN   28 4,515
PAHANG 7 3,710
TERENGGANU 4 3,135
WP LABUAN 0 2,236
WP PUTRAJAYA 7 1,049
PERLIS 4 207
JUMLAH KESELURUHAN 2,192 (3) 285,761


LAMPIRAN 2

Kes positif 2,192 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 910 kes 
    • 415 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kota, Tapak Bina Lombong Timah, dan Kluster Pasar Jalan Putra;
    • 327 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 168 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 303 kes  
    • 177 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Sungai Batu;
    • 61 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 221 kes
    • 87 kes daripada kluster-kluster, termasuk 68 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Emperoh Jambu dan Kluster Sungai Bakong;
    • 91 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 211 kes  
    • 85 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 68 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 57 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 148 kes
    • 102 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 135 kes 
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Hilir Sungai Kluang;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 39 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 110 kes 
    • 52 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 64 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Sungai Gadut;
    • 20 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 28 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 26 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 14 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Tujuh (7) kes
    • Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Perlis: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan enam (6) kes kematian pada 22 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1057 209535 Pahang Lelaki (WN) 25 Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan Mediastinal Tumour
1058 243698 Sabah Perempuan (WN) 50 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit darah tinggi dan kanser paru-paru
1059 245106 Sarawak Lelaki (WN) 59 Hospital Sibu Mixed Connective Tissue Disease (MCTD)
1060 272661 Selangor Perempuan (WN) 76 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi, dislipidemia, strok, dan jantung
1061 278701 Selangor Lelaki (WN) 84 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, paru-paru obstruktif kronik (COPD)
1062 273923 Johor Lelaki (BWN) 17 Jenazah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA LOMBONG TIMAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat, Petaling, dan Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Lombong Timah 3, Bandar Saujana Putra, Kuala Langat. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 566 individu telah disaring, di mana 45 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN KOTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Kawasan Perindustrian Kota Elmina, Rawang, Gombak. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PASAR JALAN PUTRA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah perniagaan runcit yang terletak dalam kawasan pasar borong di Sri Kembangan, Petaling. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 115 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA SUNGAI BATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak berhampiran Sungai Batu di Jalan Ipoh, Kepong. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 385 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER EMPEROH JAMBU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak . Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-271927) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 Februari 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian di Kampung Emperoh Jambu, Padawan, Samarahan yang berlangsung di antara 3 hingga 5 Februari 2021. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 337 individu telah disaring, di mana 60 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI BAKONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Tiga (3) kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke- 277615, kes ke-277617, dan kes ke-277618) dilaporkan positif COVID-19 pada 19 Februari 2021 hasil saringan individu-individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak berhampiran dengan Sungai Bakong di Meradong. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 593 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER HILIR SUNGAI KLUANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Barat Daya, dan Timur Laut di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 13 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hilir Sungai Kluang, Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 327 individu telah disaring, di mana 41 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI SUNGAI GADUT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban, Rembau, dan Tampin di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19  bermula pada 16 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Kawasan Perindustrian Sungai Gadut, Seremban. Sehingga 22 Februari 2021, sejumlah 2,044 individu telah disaring, di mana 65 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top