Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Situasi Semasa Jangkitan Covid-19 Di Malaysia - 21 Februari 2021

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 21 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

21 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 21 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 4,456 kes (249,209 kes kumulatif, 87.9%);
  • Kes baharu : 3,297 kes (283,569 kes kumulatif);
  • Kes import : kes (5 warganegara;1 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,291 kes [1,402 warganegara (42.6%); 1,889 bukan warganegara (57.4%)];
  • Kes aktif : 33,304 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 209 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 91 kes; dan
  • Kes kematian : 5 kes (1,056 kes kumulatif, 0.37%).

Perak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,215 kes (36.9 peratus). Pelaporan kes positif COVID-19 yang tinggi di Perak berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Jalan Changkat Jong iaitu sebuah kluster tempat kerja yang melaporkan kes sebanyak 1,046 kes (86.1 peratus). Bilangan kes yang tinggi ini adalah susulan  perluasan saringan di tempat kerja dan pengesanan kontak rapat yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 868 kes (26.3 peratus) dan Johor sebanyak 431 kes (13.1 peratus).

Sebanyak 124 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (50 kes), Kluster Tembok Bendera (42 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (18 kes), Kluster Telok Mas (5 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (2 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua (2) kes di  Selangor dan Terengganu, serta satu (1) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak empat (4) kes kematian melibatkan warganegara dan satu (1) kes bukan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 21 Februari 2021:

  • Jumlah kluster : 1,074 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 6 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 564 kluster (termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Mikro, Kluster Tasik Utama, Kluster Titian, Kluster Tapak Bina Jalan Wangsa, Kluster Kota Road, dan Kluster Tanjung Lumpur;
  • Jumlah kluster aktif : 510 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 82 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Changkat Jong (1,046 kes), Kluster Industri Selesa (171 kes), dan Kluster Tanjung Suria (97 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, dan kesemua kluster adalah berkaitan tempat kerja.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Jalan Persiaran Cemerlang Johor Tempat Kerja
2 Jalan Cemerlang Besi Johor Tempat Kerja
3 Jalan Kota Kulai Johor Tempat Kerja
4 Jalan Kelapa Mawar Johor Tempat Kerja
5 Jalan Pandan Ria Johor Tempat Kerja
6 Perusahaan Baru Pulau Pinang Tempat Kerja

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 21 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 868 (4) 94,395
SABAH 85 52,064
JOHOR 431 (1) 33,813
WP KUALA LUMPUR 123 (1) 33,340
NEGERI SEMBILAN 122 13,984
PULAU PINANG 127 10,588
PERAK 1,215 9,320
SARAWAK 185 7,943
KEDAH 15 7,469
MELAKA 65 5,851
KELANTAN   30 4,487
PAHANG 9 3,703
TERENGGANU 12 3,131
WP LABUAN 3 2,236
WP PUTRAJAYA 7 1,042
PERLIS 0 203
JUMLAH KESELURUHAN 3,297 (6) 283,569


LAMPIRAN 2

Kes positif 3,297 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Perak: 1,215 kes
    • 1,187 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 1,046 kes daripada Kluster Jalan Changkat Jong;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 868 kes 
    • 339 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 456 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 431 kes  
    • 260 kes daripada kluster-kluster, termasuk 103 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cemerlang Besi, Kluster Persiaran Cemerlang, Kluster Jalan Kelapa Mawar, Kluster Jalan Kota Kulai, dan Kluster Jalan Pandan Ria;
    • 93 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 77 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 185 kes
    • 47 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 95 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 127 kes 
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Perusahaan Baru;
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 123 kes  
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 64 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 122 kes
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 85 kes 
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 65 kes
    • 54 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 30 kes
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 15 kes
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 12 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Pahang: Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Tujuh (7) kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


LAMPIRAN 3

Ringkasan lima (5) kes kematian pada 21 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
1052 231448 Terengganu Perempuan (WN) 62 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1053 240704 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 82 Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, strok, dan buah pinggang kronik
1054 272152 Terengganu Lelaki (WN) 76 Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu Lymphoma
1055 278223 Selangor Lelaki (WN) 74 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan jantung
1056 278558 Selangor Perempuan (BWN) 29 Jenazah dibawa ke Hospital Ampang Penyakit darah tinggi

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian enam (6) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN KOTA KULAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kota Kulai, Kulai. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN CEMERLANG BESI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cemerlang, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KELAPA MAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Kelapa Mawar, Taman Soga, Batu Pahat. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 91 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PANDAN RIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang bekerja di Jalan Kangkar, Johor Bahru. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja tersebut yang terletak di Jalan Pandan Ria, Pandan, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERSIARAN CEMERLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Cemerlang, Taman Perindustrian Cemerlang, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 131 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERUSAHAAN BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di  Lorong Perusahaan Baru, Kawasan Perusahaan Perai 3, Seberang Perai Tengah. Sehingga 21 Februari 2021, sejumlah 213 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top