Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pemandu Lori Dihukum Gantung Sampai Mati kerana Mengedar Dadah Methamphetamine Yang Dianggarkan Bernilai RM22 Juta

Loading...
Pemandu lori edar dadah ke tali gantung

Pemandu lori dihukum gantung sampai mati edar Methamphetamine RM22 juta

Astro Awani
24/2/2021

KUALA TERENGGANU: Seorang pemandu lori dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Methamphetamine yang dianggarkan bernilai RM22 juta di Marang pada 2017.

Hukuman itu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Abdul Wahab Mohamed terhadap Mohammad Ishak Ramli, 37, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Sementara itu, tertuduh kedua yang juga kelindan sementaranya, Nur Muhammad Izzudin Nordin, 29, yang dituduh bersamanya sebelum ini, dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pembelaan tertuduh kedua berjaya membuktikan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah dalam ruang muatan sebuah treler jenis Volvo di tepi sebuah rumah di Kampung Rawai, Bukit Payong, Marang, pada jam 11 malam, 25 september 2017.

Mereka didakwa mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 203.95 kilogram yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 39b (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39b (2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Fadhli Mahmud dan Amer Abu Bakar Abdullah.

Mohammad Ishak diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed manakala Nur Muhammad Izzudin diwakili peguam Mazlan Md Zain.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...
Back To Top