Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Terperinci Covid-19 KKM - DG Hisham


Kenyataan Akhbar KPK 7 Februari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

7 FEBRUARI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 7 Februari 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 3,369 kes (190,339 kes kumulatif, 78.5%);
  • Kes baharu : 3,731 kes (242,452 kes kumulatif);
  • Kes import : 8 kes (4 warganegara dan 4 bukan warganegara)
  • Kes tempatan : 3,723 kes [1,946 warganegara (52.3%); 1,777 bukan warganegara (47.7%)];
  • Kes aktif : 51,241 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 292 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 140 kesdan
  • Kes kematian : 15 kes (872 kes kumulatif , 0.36%)

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,606 kes (43.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,025 kes (63.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 499 kes (13.4 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 372 kes (10.0 peratus).

Sebanyak 43 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Sungai Udang (18 kes), Kluster Tembok Taiping (9 kes), Kluster Tembok Renggam (7 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (5 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, masing-masing tiga (3) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Sabah, dua (2) kes di Sarawak, dan masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Kedah, dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 7 Februari 2021;

  • Jumlah kluster : 895 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 7 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 454 kluster (termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Pintu Geng, Kluster Ehsan Ibol, Kluster Persiaran Heights, Kluster Langkasuka, Kluster Wawasan, Kluster Jalan BBN, dan Kluster Texmile);
  • Jumlah kluster aktif : 441 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 81 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (246 kes), Kluster Gudang Salak Tinggi (127 kes), dan Kluster Tapak Bina Lembah Selatan (99 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga (3) kluster berkaitan tempat kerja, dua (2) kluster komuniti, satu (1) kluster keagamaan, dan satu (1) kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No. Nama Kluster Negeri Kategori Kluster
1 Tapak Bina Lembah Selatan Selangor Tempat Kerja
2 Jalan Bagan Selangor Tempat Kerja
3 Jalan Gangsa Dua Johor Tempat Kerja
4 Seruas Sarawak Komuniti
5 Taman Segar Perak Komuniti
6 Lorong Mawar Perak Keagamaan
7 Ampang Campuran Selangor Kumpulan Berisiko Tinggi

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Februari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 7 FEBRUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 1,606 78,384
SABAH 160 50,374
WP KUALA LUMPUR 372 (6) 29,223
JOHOR 499 (2) 26,644
NEGERI SEMBILAN 92 12,394
PULAU PINANG 250 8,941
PERAK 71 6,852
KEDAH 43 6,265
SARAWAK 219 5,676
MELAKA 313 4,796
KELANTAN   32 3,604
PAHANG 34 3,378
TERENGGANU 29 2,588
WP LABUAN 0 2,194
WP PUTRAJAYA 9 955
PERLIS 2 184
JUMLAH KESELURUHAN 3,731 (8) 242,452

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,731 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 7 Februari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 1,606 kes 
    • 420 kes daripada kluster-kluster; termasuk 103 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Lembah Selatan, Kluster Jalan Bagan,  dan Kluster Ampang Campuran;
    • 605 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 581 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 499 kes  
    • 139 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gangsa Dua;
    • 87 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara;
Loading...
dan
  • 271 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 372 kes  
    • 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 168 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 150 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 313 kes
    • 264 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 23 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 250 kes 
    • 197 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 46 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 219 kes
    • 112 kes daripada kluster-kluster, termasuk 34 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seruas;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 160 kes 
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 97 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 92 kes
    • 73 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 71 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima (5) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Segar dan Kluster Lorong Mawar;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 43 kes
    • 15 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 34 kes
    • 30 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 32 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 23 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu: 29 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;  dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan 15 kes kematian pada 7 Februari 2021 adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (Warganegara) Umur (tahun) Hospital / Tempat Kematian Latar Belakang
858 168768 Sarawak Perempuan (WN) 74 Hospital Sibu Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
859 177599 Selangor Perempuan (WN) 18 Jenazah dibawa ke Hospital Selayang Penyakit asma
860 188436 Sabah Lelaki (WN) 67 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit buah pinggang kronik
861 189764 Pulau Pinang Lelaki (WN) 65 Hospital Pulau Pinang Penyakit kencing manis dan darah tinggi
862 189881 Kedah Perempuan (WN) 65 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
863 207953 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 62 Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
864 218896 Sarawak Lelaki (WN) 93 Hospital Sibu Penyakit darah tinggi dan paru-paru obstruktif kronik (COAD)
865 224386 Sabah Perempuan (WN) 80 Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit strok dan dislipidemia
866 228687 Selangor Lelaki (WN) 77 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, strok, jantung, dan buah pinggang kronik
867 232300 Selangor Perempuan (WN) 94 Hospital Serdang
868 235133 Selangor Lelaki (WN) 88 Pusat Perubatan Universiti Malaya Penyakit buah pinggang kronik, darah tinggi, dan adrenal insufficiency
869 236577 Sabah Perempuan (WN) 37 Jenazah dibawa ke Hospital Beaufort Penyakit buah pinggang kronik
870 236651 WP Kuala Lumpur Lelaki (WN) 64 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, gout, dan buah pinggang kronik
871 236796 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 62 Hospital Selayang Penyakit kencing manis, asma, jantung, dislipidemia, obesiti, dan Empty Sella Syndrome
872 237569 Johor Lelaki (WN) 93 Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai Penyakit darah tinggi dan jantung

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian tujuh (7) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

1. KLUSTER TAPAK BINA LEMBAH SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang di Selangor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Bandar Baru Lembah Selatan, Dengkil, Sepang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 424 individu telah disaring, di mana 222 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER JALAN BAGAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sabak Bernam dan Klang di Selangor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-239125) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan individu bergejalaKluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian di Jalan Bagan Terap, Kampung Batu 38, Sabak Bernam. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 215 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER AMPANG CAMPURAN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-207870) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan penghuni dan pekerja sebuah pusat jagaan di Lorong Ikan Jelawat, Kampung Ampang Campuran, Ampang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER JALAN GANGSA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor.  Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Gangsa, Kawasan Miel, Pasir Gudang. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 30 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER SERUAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Beluru dan Miri di Sarawak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-209382) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis pengebumian yang berlangsung daripada 25 hingga 27 Januari 2021.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Seruas, Bakong, Beluru. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 59 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER TAMAN SEGAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muallim di Perak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-222128) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Segar, Tanjung Malim, Muallim. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER LORONG MAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hilir Perak di Perak.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-171678) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 21 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu perhimpunan keagamaan di Teluk Intan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Lorong Mawar, Taman Juta Intan, Teluk Intan. Sehingga 7 Februari 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Loading...
Back To Top