Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

6 Termasuk Seorang Wanita Yang Dalang Di Sebalik Sindiket Pengedaran Dadah bernilai lebih RM7.8 Juta Berjaya Ditangkap

Loading...


Dadah Jenis Heroin RM7.8 Juta Tumpas

Wanita dalang di sebalik sindiket pengedaran bahan asas heroin RM7.8 juta

Astro Awani
23/2/2021

KUALA LUMPUR: Enam termasuk seorang seorang suspek utama sindiket pengedaran dadah berjaya ditangkap dalam beberapa siri serbuan yang dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman pada 19 Februari lepas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Timbalan Pengarah Narkotik Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata suspek utama yang juga seorang wanita dipercayai mendapat bekalan dadah yang diseludup dari Myanmar dengan mengunakan laluan menerusi Thailand.

Hasil operasi itu juga polis merampas slab heroin (bahan asas dadah heroin) dengan berat lebih 87 kilogram yang dianggarkan bernilai RM7.8 juta.

Turut dirampas dua pucuk pistol serta peluru.

“Hasil daripada siasatan tersebut pihak pasukan JSJN juga telah berjaya merampas wang tunai RM75,000 dan lima buah kenderaan dalam operasi ini.

“Operasi ini berjalan pada 19 haribulan iaitu hari Jumaat lepas mula pukul 4 petang sehingga 9.20 malam dan dalam operasi ini juga kita telah berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah yang mengimport ataupun bawa masuk dadah heroin untuk digunakan di pasaran tempatan dimana heroin ini digunakan sindiket untuk memproses dadah yang untuk dijual di pasaran,” katanya di sini hari ini.

Katanya, selain lima kenderaaan yang disita polis juga merampas wang tunai yang kesemuanya lebih RM405,000.

Semakan mendapati tiga daripada suspek mempunyai beberapa rekod jenayah malah empat daripada mereka didapati positif dadah.

Kesemua suspek yang berusia 22 sehingga 46 tahun itu direman lima hari bermula 20 Februari sehingga esok.

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:



Loading...
Back To Top