Loading...
Ingkar SOP PKP: 509 lagi individu ditahan
Astro Awani
28/2/2021
KUALA LUMPUR: Individu yang ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat kepada 509 individu pada Sabtu berbanding 326 individu pada hari sebelumnya.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 472 individu dikompaun, manakala 37 lagi direman.
Mengikut kategori kesalahan, aktiviti pusat hiburan merekodkan kes tertinggi iaitu 114 diikuti kesalahan tidak memakai pelitup muka sebanyak 94 kes.
"Manakala, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan sebanyak 92; 91 kes tiada penjarakan fizikal, serta 58 kesalahan melibatkan rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran.
"Premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran pula sebanyak 44 kes; aktiviti perjudian sebanyak dua kes serta ingkar arahan kuarantin dan lain-lain masing-masing satu dan tiga belas kes," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri berkata seramai tujuh pendatang tanpa izin (PATI) ditahan dalam Operasi Benteng dengan tiga kenderaan darat serta satu bot atau kapal dirampas.
Selain itu, sebanyak 411 sekatan jalan raya (SJR) dilakukan di seluruh negara.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...