Loading...
432 individu ingkar SOP PKP ditahan
Astro Awani
27/2/2021
KUALA LUMPUR : Seramai 432 individu ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Jumaat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah tersebut, 414 individu dikompaun manakala 18 lagi direman.
Menerusi satu kenyataan pada Sabtu, Ismail Sabri berkata, antara kesalahan yang direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (108), gagal mengamalkan penjarakan fizikal (106), tidak memakai pelitup muka (96), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (51), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42), aktiviti perjudian (18), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (10) dan lain-lain (satu).
Berhubung Operasi Benteng (Op Benteng) pula, Ismail berkata pihak berkuasa menangkap seramai 27 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas dua buat bot/kapal serta sebuat kenderaan darat.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, pada Jumaat (26 Februari 2021), seramai 1,318 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan semuanya dikuarantin di stesen kuarantin di seluruh negara.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif individu yang telah pulang ke tanah air menerusi pintu masuk sempadan antarabangsa sejak 24 April lalu adalah seramai 131,455 individu.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Anggota Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan 16 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara pada Jumaat.
Daripada jumlah itu, katanya, kesemua 16 tapak binaan mematuhi SOP.
Secara keseluruhannya, CIDB telah melakukan 15,800 pemeriksaan melibatkan 8,942 tapak binaan sejak 20 April lalu.

Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
Loading...