Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Video: Suspek Kes Serang Anggota PGA Dihadapkan Ke Mahkamah

Loading...

 

Harian Metro
5/1/21

Dua petani Thailand yang terbabit kes serangan ke atas dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Padang Besar pada 24 November lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen  Kangar pada Selasa, 5 Januari, atas kesalahan memasuki negara ini tanpa pas sah.

Tertuduh, Dah Wae Hatama, 36, membuat pengakuan bersalah, manakala rakannya, Mahyee Ma-ae, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Musyiri Peet.

Musyiri menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan ke atas Dah Wae.

Source: Harian Metro YouTube

Loading...
Back To Top