MKL Crimedesk
18/1/21
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna KPDNHEP akan memastikan ...
..pemilik atau pengusaha 17 sektor yang dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan PKP mematuhi prosesur operasi standar SOP yang ditetapkan kerajaan.
Pengarah KPDNHEP Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata
Loading...
pihaknya kini mempunyai kuasa selepas diberikan Kementerian Kesihatan untuk mengambil tindakan terhadap premis yang gagal mematuhu SOP ditetapkan termasuk dengan mengarahkan ia ditutup.
Untuk pelaksanaan PKP kali ini sebanyak 17 sektor di bawah bidang kuasa KPDNHEP dibenarkan beroperasi.
17 sektor yang dibenarkan beroperasi itu membabitkan, pasar raya atau pasar raya besar, farmasi atau penjagaan diri, kedai serbaneka dobi, restoran dan kedai perabot.
Sementara itu hasil tinjauan pihaknya di pusat bandaraya mendapati semua barangan keperluan harian adalah mencukupi.
Walaupun menerima lebih 67 aduan namun kebanyakannya adalah berkaitan dengan harga barang.
Pihaknya akan terus turun padang dan melakukan pemeriksaan bagi memastikan barangan keperluan harian mencukupi dan dijual pada harga yang dibenarkan.
Ariffin ditemui selepas melakukan tinjaun pasaraya NSK Brem Mall dan Aeon Metro Prima siang tadi.
Source: MKL Crimedesk YouTube
Loading...