Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Timbalan Ketua Menteri Jeffrey Kitingan Positif COVID-19



Jeffrey Kitingan positif COVID-19

BERNAMA
04/01/2021 


KOTA KINABALU, 4 Jan -- Susulan ujian swab semalam,
Loading...
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan hari ini disahkan positif COVID-19, kata setiausaha politiknya Arlinsia Agang.

Arlinsia berkata Jeffrey, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri sedang menjalani rawatan di Queen Elizabeth Hospital di sini dan keadaannya stabil.

"Bagaimanapun beliau masih tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah menerusi persidangan media, email, dan sebagainya.

"Sementara itu Jeffrey berkata beliau dalam keadaan baik, dan meminta semua pihak bertenang serta berdoa semoga Sabah bebas daripada COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Daripada 1,741 kes positif COVID-19 yang dilaporkan di seluruh negara hari ini, Sabah merekodkan 303 kes. 
Loading...
Back To Top