Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan di Sepang
BERNAMA
10/01/2021
SEPANG, 10 Jan -- Tiga lelaki maut dalam dua kejadian kemalangan berasingan di Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) malam semalam dan Jalan Salak/ Sepang awal pagi tadi, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad berkata, kemalangan pertama melibatkan sebuah lori tiga tan tanpa muatan dan sebuah lori membawa muatan batu bata di KM 38.7 Lebuh Raya Elite dari Shah Alam menghala ke Nilai, pada pukul 8 malam.
Katanya lori tanpa muatan yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun bersama kelidannya
Loading...
berusia 36 tahun itu, dipercayai melanggar belakang lori batu bata menyebabkan kedua-dua mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Pemandu lori batu bata bersama kelindannya (isteri) hanya mengalami kecederaan ringan. Mayat dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Md Noor Aehwan berkata, kejadian kedua berlaku pada pukul 2.30 pagi tadi melibatkan tiga kenderaan iaitu Perodua Kancil, Toyota Hilux dan motosikal Yamaha 135LC di sebuah selekoh di Jalan Salak/ Sepang.
Md Noor Aehwan berkata salah satu daripada Perodua Kancil atau Toyota Hilux berkenaan disyaki masuk ke laluan bertentangan, menyebabkan berlaku pertembungan.
“Kemudian datang motosikal dari arah Salak tidak sempat mengelak Perodua Kancil yang telah melintang di atas jalan laluannya, dan terlanggar bahagian belakang bucu sebelah kanan kereta itu dan terbabas ke bahu jalan arah bertentangan,” katanya.
Menurut Md Noor Aehwan, kemalangan itu menyebabkan pemandu Perodua Kancil tersepit di dalam kenderannya dan disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian badan dan kepala.
“Lokasi kemalangan merupakan jalan berselekoh dan mempunyai satu lorong di setiap hala, garisan tengah berkembar, permukaan jalan rata, cahaya gelap tanpa lampu jalan, cuaca baik dan permukaan jalan kering,” katanya.
Menurutnya pemandu Toyota Hilux mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri, manakala penunggang motosikal patah tangan kiri.