Langgar lubang jalan dan hilang kawalan, penghantar makanan maut
Astro Awani
4/1/21
PETALING JAYA: Seorang pekerja penghantar makanan terbunuh selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas setelah melanggar lubang di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara berhampiran pusat beli belah The Curve di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, ketika kejadian kira-kira pukul 1.15 petang, mangsa berusia 31 tahun yang berkhidmat dengan Grabfood itu hilang kawalan dan terbabas di bahu kiri jalan selepas terlanggar lubang jalan.
"Pembantu perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan di sini, pada
Loading...
Isnin.
Nik Ezanee memberitahu, bedah siasat ke atas mangsa yang beralamat Kampung Chempaka itu akan dilakukan selepas keputusan saringan COVID-19 diperolehi.
Beliau berkata, ekoran kejadian itu, motosikal mangsa mengalami kerosakan pada bahagian hadapan.
Katanya, siasatan kes tersebut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Semalam, kejadian sama berlaku apabila seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas setelah melanggar lubang di jalan menghala pusat beli-belah Mid Valley Megamall pada awal pagi.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/langgar-lubang-jalan-dan-hilang-kawalan-penghantar-makanan-maut-275997

Penghantar makanan usia 31 maut selepas motosikal ditunggang mangsa terbabas akibat terlanggar lubang di bahu jalan.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) January 4, 2021
Kejadian berlaku di Jalan PJU 7/2, Mutiara Damansara jam 1.15 tengah hari tadi.
Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987-KPD PJ pic.twitter.com/g2bKx9rgC9
Loading...