Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Covid-19 Malaysia 3 Jan : New Cases- 1,704 Total Cases- 119,077 | Active Cases- 21,365 | New Death- 11

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 3 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,726 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 97,218 kes (81.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 3 Januari 2021, Malaysia telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,704 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 119,077 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 21,365 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,699 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 673 kes (39.5 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 509 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 316 kes (18.5 peratus) dan Johor sebanyak 179 kes (10.5 peratus).

Sebanyak 74 kes (4.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (56 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Tembok Choh (5 kes), Kluster Tembok Gajah (3 kes), Kluster Tembok (2 kes), dan Kluster Kolam Air (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 124 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 51 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 11 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 494 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital/Tempat Kematian Latar Belakang
484 65481 Kedah Perempuan (WN) 71 Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar Penyakit kencing manis, darah tinggi dan asma
485 70140 Johor Lelaki (WN) 53 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Asma
486 74966 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Kajang Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia dan lumpuh
487 84283 Selangor Lelaki (WN) 72 Hospital Sungai Buloh Penyakit buah pinggang kronik
488 98901 Sabah Perempuan (WN) 72 Hospital Lahad Datu Penyakit kencing manis dan darah tinggi
489 115625 Selangor Perempuan (WN) 77 Hospital Serdang Penyakit kencing manis, darah tinggi dan dislipidemia
490 115634 Selangor Lelaki (WN) 63 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, jantung, dan dislipidemia
491 115950 Selangor Perempuan (WN) 69 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis, jantung, dan buah pinggang kronik
492 115954 Selangor Lelaki (WN) 56 Hospital Kajang
493 116821 Johor Lelaki (WN) 68 Hospital Kota Tinggi
494 115337 Sabah Lelaki (BWN) 58 Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Asma

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 3 Januari 2021, terdapat sebanyak 532 kluster telah dilaporkan termasuk sembilan (9) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 300 kluster termasuk enam (6) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Sungai Cincin, Kluster Tempasuk, Kluster Jalan Tuaran, Kluster Gangsa, Kluster Plaza, dan Kluster Teluk. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 232 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 59 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Kebun Baru (89 kes), Kluster Beringin (82 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (56 kes), dan Kluster Sungai Putus (56 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat sembilan (9) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER LINTAS SERAYA

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108849) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERDANA AVENUE

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Disember 2020 hasil saringan bersasar yang dilakukan ke atas pekerja sebuah tapak binaan. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 783 individu telah disaring, di mana 202 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER OSMO JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 188 individu telah disaring, di mana 46 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BELATI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, dan Pontian di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108193) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 29 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 277 individu telah disaring, di mana 44 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER WAWASAN GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84752) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RENGIT SENTRAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang, dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106476) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 141 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MANIK

Kluster ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan dan daerah Dungun di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-106678) merupakan kes Influenza-like Illness (ILI) yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 28 Disember 2020. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 168 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PALOH TUMPAT

Kluster ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112986) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 31 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER STUTONG

Kluster ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-115005) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari  2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Januari 2021, sejumlah 51 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

3 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 316 37,869
SELANGOR 673 (1) 34,480
WP KUALA LUMPUR 112 (4) 14,214
NEGERI SEMBILAN 72 8,082
JOHOR 179 6,605
PULAU PINANG 103 4,105
PERAK 75 3,333
KEDAH 53 3,144
WP LABUAN 16 1,721
PAHANG 21 1,431
MELAKA 6 1,349
SARAWAK 10 1,140
KELANTAN 47 884
TERENGGANU 4 359
WP PUTRAJAYA 17 315
PERLIS 0 46
JUMLAH KESELURUHAN 1,704 (5) 119,077

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,704 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor : 673 kes 
    • 259 kes daripada kluster-kluster, termasuk 27 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Perdana Avenue dan Kluster Osmo Jaya;
    • 250 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 163 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah : 316 kes 
    • 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lintas Seraya;
    • 227 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 70 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor : 179 kes
    • 90 kes daripada kluster-kluster, termasuk 41 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Belati,  Kluster Wawasan Gading danKluster Rengit Sentral;
    • 44 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 45 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 112 kes  
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 103 kes 
    • 78 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 75 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 14 kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 72 kes
    • 53 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : 53 kes
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan : 47 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk 18 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Manik dan Kluster Paloh Tumpat ;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang : 21 kes
    • 13 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : 17 kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 16 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak : 10 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Stutong ;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  Empat (4) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.








Loading...
Back To Top