Kenyataan Akhbar KPK 17 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia
STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 2,676 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 120,051 kes (75.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA
Pada hari ini, 17 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 3,339 kes. Ini menjadikan, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 158,434 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 37,782 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 15 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,324 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,292 kes adalah warganegara Malaysia (68.9 peratus) manakala 1,032 kes adalah bukan warganegara.
Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,314 kes (39.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,122 kes (85.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 393 kes (11.8 peratus) dan Johor sebanyak 362 kes (10.8 peratus).
Sebanyak 159 kes (4.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (94 kes), DTI Sepang 2 (53 kes), Kluster Tembok Gajah (6 kes), Kluster Telok Mas (3 kes), Kluster Tembok Kemus (2 kes), dan Kluster Tembok Mempaga (1 kes).
Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
Sehingga kini, terdapat 240 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 93 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan tujuh (7) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 601 kes (0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).
Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:
No. Kematian | No. Kes | Negeri | Jantina (Warganegara) | Umur (tahun) | Hospital/Tempat Kematian | Latar Belakang |
595 | 104843 | Johor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti |
596 | 118543 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 62 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis dan jantung |
597 | 120688 | Kedah | Lelaki (WN) | 93 | Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar | Penyakti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan jantung |
598 | 140362 | Johor | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan Pulmonary Tuberculosis (PTB) |
599 | 148498 | Selangor | Perempuan (WN) | 32 | Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | – |
600 | 152481 | Selangor | Perempuan (WN) | 78 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis dan darah tinggi |
601 | 152513 | Selangor | Perempuan (BWN) | 58 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit jantung dan Alzheimer. |
*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.
KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.
MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER
Sehingga 17 Januari 2021, terdapat sebanyak 651 kluster telah dilaporkan termasuk 10 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 359 kluster, termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bayam Indah, Kluster Tapak Bina Jesselton, dan Kluster Andalas. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 292 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 86 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Lebuh (253 kes), Kluster Jalan Rantau–Siliau (96 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (94 kes).
KLUSTER BAHARU
KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:
- KLUSTER JALAN PANDAN INDAH
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah syarikat yang terletak di Jalan Pandan Indah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 77 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER DTI SEPANG 2
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Sepang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Januari 2021 hasil saringan tahanan sebelum dihantar pulang ke negara asal. Nama kluster merujuk kepada tempat di mana penularan berlaku iaitu di Depot Tahanan Imigresen yang terletak di Jalan Pekeliling 4, Sepang. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 238 individu telah disaring, di mana 80 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAMAN IKAN JINAK
Kluster berkaitan majlis hari keluarga ini melibatkan daerah Tuaran dan Kota Belud di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138292) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Januari 2021 hasil saringan indvidu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti majlis berkenaan yang telah diadakan di Taman Ikan Jinak Melangkap Tiong, Kota Belud. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN MAWILA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-142805) merupakan anggota tentera di Wisma Pelayaran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar, Jalan Mawila, Kota Kinabalu. Kes telah dilaporkan positif COVID-19 pada 13 Januari 2021 hasil saringan sebelum rentas negeri. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN PERAK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah kilang yang terletak di Jalan Perak 4, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 504 individu telah disaring, di mana 35 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN MENERUNG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Januari 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pengawal-pengawal keselamatan di Apartment One Menerung, Jalan Menerung, Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 26 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER TAPAK BINA JALAN YAP
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 17 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Yap Kwan Seng, Kampung Baru. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 47 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER RANTAU LADA
Kluster ini melibatkan daerah Temerloh dan Maran di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133326) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan rentas negeri dari Selangor. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman keluarga kes indeks iaitu di Kampung Bukit Lada, Temerloh, Pahang. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER PANTAI PERINGGIT
Kluster ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-137894) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Januari 2021 hasil saringan indvidu bergejala. Nama kluster merujuk kepada tempat kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Solok Pantai Peringgit, Peringgit, Melaka. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 128 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
- KLUSTER JALAN MOHAMMED SALLEH
Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-154823) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala dan mempunyai sejarah perjalanan dari Sabah. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Institut Latihan Perindustrian Labuan. Sehingga 17 Januari 2021, sejumlah 423 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
- Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
17 Januari 2021 @ 5.00 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 17 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF |
SELANGOR | 1,314 | 46,833 |
SABAH | 393 | 43,644 |
WP KUALA LUMPUR | 334 (13) | 18,127 |
JOHOR | 362 (2) | 13,372 |
NEGERI SEMBILAN | 236 | 9,989 |
PULAU PINANG | 120 | 6,147 |
PERAK | 107 | 4,367 |
KEDAH | 96 | 4,269 |
PAHANG | 61 | 2,203 |
SARAWAK | 62 | 2,111 |
KELANTAN | 114 | 1,983 |
MELAKA | 60 | 1,960 |
WP LABUAN | 22 | 1,903 |
TERENGGANU | 22 | 855 |
WP PUTRAJAYA | 23 | 573 |
PERLIS | 13 | 98 |
JUMLAH KESELURUHAN | 3,339 (15) | 158,434 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import
LAMPIRAN 2
Perincian 3,339 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 17 Januari 2021 adalah seperti berikut:
- Selangor: 1,314 kes
- 604 kes daripada kluster-kluster, termasuk 130 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pandan Indah dan DTI Sepang 2;
- 518 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 192 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sabah: 393 kes
- 37 kes daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Taman Ikan Jinak dan Kluster Jalan Mawila;
- 234 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 122 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Johor: 362 kes
- 142 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perak;
- 116 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- Dua (2) kes import dari luar negara; dan
- 102 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 334 kes
- 93 kes daripada kluster-kluster, termasuk 44 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Menerung dan Kluster Tapak Bina Jalan Yap;
- 129 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
- 13 kes import dari luar negara; dan
- 99 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Negeri Sembilan: 236 kes
- 178 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 38 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 20 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pulau Pinang: 120 kes
- 48 kes daripada daripada kluster sedia ada;
- 24 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 48 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kelantan: 114 kes
- 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 34 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perak: 107 kes
- 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 55 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Kedah: 96 kes
- 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 58 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Sarawak: 62 kes
- 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
- 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Pahang: 61 kes
- 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rantau Lada;
- 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Melaka: 60 kes
- 19 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pantai Peringgit;
- 31 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Putrajaya: 35 kes
- Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Wilayah Persekutuan Labuan: 22 kes
- 11 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Mohammed Salleh;
- Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Terengganu: 22 kes
- Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
- 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
- Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
- Perlis : 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.