Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Covid-19 Malaysia 10 Jan: New Cases- 2,433 Total Cases- 135,992 | Active Cases- 27,332 | New Death- 9

Loading...

                  

Kenyataan Akhbar KPK 10 Januari 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,277 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 108,109 kes (79.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 10 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 2,433 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 135,992 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 27,332 kes.  Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tujuh (7) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,426 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 1,784 kes adalah warganegara Malaysia dan 642 kes adalah bukan warganegara.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 730 kes (30.0 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 510 kes (69.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sabah sebanyak 403 kes (16.6 peratus) dan Johor sebanyak 321 kes (13.2 peratus).

Sebanyak 86 kes (3.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (79 kes), Kluster Pagar Siput (3 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes), dan Kluster Tembok Choh (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 171 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 76 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan sembilan (9) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 551 kes (0.40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian No. Kes Negeri Jantina (Warganegara) Umur  (tahun) Hospital/ Tempat Kematian Latar Belakang
543 111571 Selangor Lelaki (WN) 78 Hospital Sungai Buloh Penyakit darah tinggi dan gout
544 113691 Selangor Lelaki (WN) 59 Hospital Sungai Buloh Penyakit kencing manis dan darah tinggi
545 115953 Selangor Lelaki (WN) 60 Hospital Selayang Penyakit buah pinggang kronik
546 121695 Selangor Lelaki (WN) 78 Hospital Selayang Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan batu karang
547 132073 Selangor Perempuan (WN) 51 Hospital Selayang Penyakit kanser payudara
548 132207 WP Kuala Lumpur Perempuan (WN) 94 Hospital Kuala Lumpur Penyakit darah tinggi, asma, dan dislipidemia
549 131514 Sabah Perempuan (WN) 83 Jenazah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Penyakit darah tinggi, Rheumatoid Arthritis, paru-paru kronik, Osteoporosis, dan Beta thalassemia
550 112204 WP Kuala Lumpur Lelaki (BWN) 60 Hospital Kuala Lumpur Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
551 114336 WP Kuala Lumpur Lelaki (BWN) 37 Hospital Kuala Lumpur Penyakit buah pinggang kronik

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 10 Januari 2021, terdapat sebanyak 586 kluster telah dilaporkan termasuk lima (5) kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 332 kluster, termasuk tujuh (7) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bandar Impian, Kluster Indah Mas, Kluster Kubota, Kluster Batu Tiga, Kluster Rumah Merah, Kluster Sri Jujur, dan Kluster PTS Sibuga. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 254 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 65 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (79 kes), Kluster Rawa Akasia (73 kes), dan Kluster Beringin (65 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lima (5) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER TAPAK BINA CYBER

Kluster ini melibatkan daerah Sepang, Petaling, Klang, dan Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 140 individu telah disaring, di mana 67 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEXMILE

Kluster ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 351 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN SIBUGA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125813) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ALOR DURIAN

Kluster ini melibatkan daerah Tumpat dan Kota Bahru di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-125408) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 6 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 77 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER WAKAF LANAS

Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122818) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan rentas negeri. Sehingga 10 Januari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

 Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

10 Januari 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 10 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 403 40,666
SELANGOR 730 39,727
WP KUALA LUMPUR 231 (4) 15,969
JOHOR 321 (3) 9,923
NEGERI SEMBILAN 144 9,007
PULAU PINANG 189 4,945
PERAK 80 3,687
KEDAH 71 3,551
WP LABUAN 17 1,798
PAHANG 41 1,609
MELAKA 35 1,583
KELANTAN 103 1,298
SARAWAK 24 1,275
TERENGGANU 29 484
WP PUTRAJAYA 10 407
PERLIS 5 63
JUMLAH KESELURUHAN 2,433 (7) 135,992

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 2,433 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 10 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 730 kes 
    • 181 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Cyber dan Kluster Texmile;
    • 329 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 220 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 403 kes 
    • 15 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluser baharu iaitu Kluster Jalan Sibuga;
    • 268 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 120 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 321 kes
    • 134 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 70 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes import dari luar negara; dan
    • 114 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 231 kes  
    • 44 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 112 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 189 kes 
    • 119 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 45 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 144 kes
    • 79 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 103 kes
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Alor Durian  dan Kluster Wakaf Lanas;
    • 67 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 80 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 52 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 20 kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 71 kes
    • 26 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 33 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 41 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 35 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  29 kes
    • 25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 24 kes
    • 11 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 17 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 10 kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Lima (5) kes
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.



Loading...
Back To Top