Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Update Covid-19 Malaysia : New Cases- 1,335 Total Cases- 72,964 | Active Cases- 11,039 | Total New Death- 2 Deaths- 382 Kes Sembuh- 1,069

Loading...

                   

Kenyataan Akhbar KPK 6 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,069 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 61,273 kes (84.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 6 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,335 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 72,694 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 11,039 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,332 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 515 kes (38.6 peratus). Daripada jumlah ini, negeri Selangor melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 337 kes (65.4 peratus). Ini diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 258 kes (19.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 250 kes (18.7 peratus).

Sebanyak 243 kes (18.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (141 kes), Kluster Tembok (92 kes), Kluster PTS Sibuga (7 kes), Kluster Bakti (2 kes) dan Kluster Rumah Merah (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 126 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan dua (2) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 382 kes (0.53 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. Kematian Kes No. Negeri Jantina (warganegara) Umur (tahun) Hospital/ Tempat Kematian Latar Belakang
381 42847 Perak Lelaki (WN) 65 Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Penyakit darah tinggi dan buah pinggang kronik
382 67154 Johor Perempuan (WN) 72 Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Penyakit darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti

*WN merujuk kepada warganegara .

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 6 Disember 2020, terdapat sebanyak 388 kluster telah dilaporkan termasuk tiga (3) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 201 kluster termasuk tiga (3) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Palma, Kluster Merpati dan Kluster Makekar. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 187 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Ceram (155 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (141 kes), Kluster Cergas (92 kes) dan Kluster Tembok (92 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tiga (3) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER CERAM

Kluster ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-65468) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Hasil saringan di tempat kerja seterusnya mendapati sebanyak 170 kes lagi dikesan positif COVID-19. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 450 individu telah disaring, di mana 171 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PULAU BERHALA

Kluster ini melibatkan daerah Sandakan di negeri Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-52089) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 20 November 2020 hasil saringan komuniti. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 208 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TAMPOI

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-67151) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 6 Disember 2020, sejumlah 212 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 250 30,538
SELANGOR 337 (2) 16,412
W.P. KUALA LUMPUR 178 (1) 7,065
NEGERI SEMBILAN 258 5,458
KEDAH 17 2,713
PULAU PINANG 31 2,343
PERAK 108 2,052
JOHOR 125 1,887
W.P. LABUAN 21 1,399
SARAWAK 0 1,068
KELANTAN 2 438
PAHANG 4 429
MELAKA 3 398
TERENGGANU 1 239
W.P. PUTRAJAYA 0 211
PERLIS 0 44
JUMLAH KESELURUHAN 1,335 (3) 72,694

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,335 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 6 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 337 kes 
    • 187 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 87 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 61 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 258 kes
    • 253 kes daripada kluster-kluster, termasuk 155 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ceram;
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 250 kes 
    • 84 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pulau Berhala;
    • 106 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 60 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 178 kes  
    • 44 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 12 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 121 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Johor: 125 kes
    • 102 kes daripada kluster-kluster, termasuk sembilan (9) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Tampoi;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Perak: 108 kes
    • 97 kes  daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 31 kes 
    • 20  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 21 kes
    • Lapan (8) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 17 kes
    • Sembilan (9) kesdaripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tujuh (7) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Melaka: Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
  • Kelantan: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.
  • Terengganu: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 





Status Terkini #COVID19, 6 Dis 2020 Kes sembuh=1,069 Jumlah kes sembuh=61,273 kes Kes baharu positif=1,335 kes (termasuk import 3) Jumlah positif=72,694 kes Kes kematian=2 Jumlah kes kematian=382 kes Kes dirawat di ICU=126 kes Bantuan Alat Pernafasan=57 kes
Loading...
Back To Top