data-image-meta="{"aperture":"0","credit":"","camera":"","caption":"","created_timestamp":"0","copyright":"","focal_length":"0","iso":"0","shutter_speed":"0","title":"","orientation":"0"}" data-image-title="screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am" data-large-file="https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png?w=884" data-medium-file="https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png?w=259" data-orig-file="https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png" data-orig-size="1360,1576" data-permalink="https://kpkesihatan.com/screenshot-2020-12-06-at-8-34-08-am/" height="729" loading="lazy" sizes="(max-width: 629px) 100vw, 629px" src="https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png?w=884" srcset="https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png?w=884 884w, https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png?w=629 629w, https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png?w=1258 1258w, https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png?w=129 129w, https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png?w=259 259w, https://kpkesihatan.files.wordpress.com/2020/12/screenshot-2020-12-06-at-8.34.08-am.png?w=768 768w" style="border: 0px; display: block; height: auto; max-width: 100%;" width="629">
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga kini, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) masih belum menerima sebarang dokumen daripada syarikat Pfizer untuk penilaian pendaftaran dan pengujian produk vaksin COVID-19 sekaligus tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan isu masalah pembekalan dos vaksin tersebut sebagaimana yang dilaporkan. Walau bagaimanapun, KKM akan sentiasa memantau perkembangan produk vaksin COVID-19 oleh Pfizer dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Adalah menjadi tanggungjawab NPRA, KKM untuk memastikan sebelum sesuatu produk didaftarkan untuk dipasarkan di Malaysia, ia perlu terlebih dahulu melalui proses penilaian dan pengujian berasaskan prinsip-prinsip kualiti, keselamatan dan juga keberkesanan. NPRA juga memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin serta ubat-ubatan yang berdaftar sentiasa terjamin melalui program pemantauan mutu produk berdaftar dan farmakovigilans. Pihak KKM akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
6 DISEMBER 2020