Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Polis Selangor Terima Lima Laporan Baharu Kes Rogol Membabitkan Seorang Selebriti (1 Video)

Loading...
Polis Selangor terima lima laporan baharu kes rogol pendakwah muda
BERNAMA

03/12/2020 

SHAH ALAM, 3 Dis -- Polis Selangor menerima lima lagi laporan baharu di Shah Alam dan Petaling Jaya, berhubung dakwaan kes rogol membabitkan seorang selebriti lelaki sebuah program realiti keagamaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin mengesahkan perkara tersebut dan maklumkan, siasatan masih lagi dijalankan terhadap suspek.

“...mungkin akan ada lagi laporan baharu selepas ini. Jadi kita menyeru kepada mereka yang terlibat supaya tampil, sekiranya mereka pernah menjadi mangsa suspek,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan pelitup muka dan cecair pembasmi kuman kepada polis Selangor di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor di sini hari ini.

Jelas Noor Azam, suspek berusia 25 tahun itu digambarkan sebagai seorang berperwatakan baik, boleh menenangkan mangsa, selain menggunakan imejnya sebagai pendakwah bagi menyakinkan mangsa mendekatinya.

“Bila dia digambarkan sebagai pendakwah yang boleh menenangkan orang, ini yang menyakinkan mangsa disamping cara bercakap menjurus keagamaan menjadi tarikan kepada mereka,” katanya.

Ketika ditanya sama ada suspek menggunakan ilmu pengasih, jelas Noor Azam, pihaknya belum menerima sebarang maklumat berhubung perkara tersebut.

“Segala maklumat mengenai cara mereka berkomunikasi dan berhubung sama ada melalui laman sosial Facebook atau Instagram, kita akan siasat lebih lanjut,” kata Noor Azam, sambil menambah kes itu akan mengambil masa disebabkan mangsa mungkin malu untuk tampil kerana ia melibatkan maruah.

“Mangsa mungkin malu, jadi tidak boleh salahkan mereka. Perkara ini melibatkan maruah dan jika ada yang tampil membuat aduan, akan ada juga yang mengikutinya,” tambah beliau.

Pada 27 Nov, polis menahan seorang selebriti lelaki sebuah rancangan realiti televisyen ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan merogol seorang wanita.

Suspek kemudiaannya dilanjutkan reman selama lima hari bermula semalam, bagi membantu siasatan berhubung kes yang sama.

FOR MORE NEWS GO TO:
Lagi Laporan Ke Atas Penceramah Bebas, Cabul Penuntut Kolej (1 Video)


Polis terima enam laporan kesalahan seksual pendakwah selebriti

 
Loading...
Back To Top