Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PKPB Di Seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dilanjutkan Lagi Bermula 7 Disember 2020 Sehingga 20 Disember 2020.

Loading...


 Sidang Media Perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 5 Dis 2020Task Force Operasi Pematuhan 2,625 Pasukan Pematuhan terdiri daripada 13,844 anggota telah melakukan 51,245 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan SOP PKPP

Sebanyak 3,678 pasar raya, 4,999 restoran, 1,293 kilang, 1,555 pasar awam/tani, 3,339 tempat ibadah serta 1,321 tempat riadah telah diperiksa.

Semalam, PDRM juga telah menahan 491 individu atas kesalahan ingkar arahan SOP. 437 individu telah dikenakan kompaun manakala 54 direman.

Kawalan Sempadan Negara Semalam, Op Benteng berjaya menahan 116 PATI serta merampas 1 bot/kapal dan 1 kenderaan darat 294 SJR Op Benteng dilaksanakan seperti berikut: Op Benteng/Penawar (PDRM, ATM dan RELA) - 226 SJR Op Benteng PDRM - 59 SJR Op Benteng AKSEM - 9 SJR

Operasi Sanitasi Awam KPKT telah melakukan 12,254 operasi sanitasi merangkumi 137 zon. Operasi Sanitasi ini melibatkan 219 anggota dan 42 jentera JBPM dan 182 PBT

Kuarantin Wajib Seramai 81,513 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa. Semalam, seramai 869 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib di stesen kuarantin seluruh negara.

Negeri Pulau Pinang Sidang khas bersetuju menamatkan PKPB bagi seluruh negeri Pulau Pinang pada 6 Disember 2020 Walaubagaimanapun PKPB untuk 2 mukim yang masih merah iaitu Mukim 12 (Barat Daya) dan Mukim 13 (Timur Laut) diteruskan bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020

Sidang Khas turut bersetuju melaksanakan PKPD di dua Lokaliti Zon Merah iaitu bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020 di: Flat Jalan Paya Terubong, Relau - Anggaran penduduk 10,000 orang Flat di Desa Bistari, Batu Uban - Anggaran penduduk 4,000 orang

Negeri Perak Sidang khas bersetuju untuk menamatkan PKPB Negeri Perak pada 6 Disember 2020 kecuali bagi Daerah Kinta serta Mukim Teja (Daerah Kampar) dan Mukim Changkat Jong (Daerah Hilir Perak) akan diteruskan PKPB bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.

Sidang Khas bersetuju menamatkan PKPD di Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, Perak pada 5 Disember 2020 iaitu lebih awal dari yang dijadualkan.

Pelaksanaan PKPD Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak Berserta Kuarters berkuatkuasa 6 Disember 2020 hingga 19 Disember 2020 melibatkan 1,187 tahanan, 161 kakitangan serta 57 ahli keluarga.

Negeri Kelantan Sidang Khas bersetuju untuk menamatkan PKPB Negeri Kelantan pada 6 Disember 2020 kecuali bagi daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas yang akan disambung dari 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.

Pelaksanaan PKPD Di Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah, Kg Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh berkuatkuasa 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.

Negeri Selangor Sidang khas bersetuju PKPB di seluruh Negeri Selangor dilanjutkan lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020 kecuali bagi Daerah Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Wilayah Persekutuan Putrajaya Sidang khas bersetuju agar PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya ditamatkan pada 6 Disember 2020.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sidang khas bersetuju agar PKPB di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilanjutkan lagi bermula 7 Disember 2020 sehingga 20 Disember 2020.

Negeri Sembilan Sidang khas bersetuju agar PKPB di seluruh Negeri Sembilan ditamatkan pada 6 Disember 2020 kecuali bagi Daerah Seremban dan Port Dickson.

Negeri Johor Sidang Khas bersetuju untuk menamatkan PKPB Daerah Mersing pada 6 Disember 2020 Walaubagaimanapun, PKPB di Daerah Kota Tinggi dilanjutkan bermula 7 Disember 2020 hingga 20 Disember 2020.
















Loading...
Back To Top