Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Permohonan Rayuan GKP 2.0 Dibuka Bermula 7 Hingga 21 Disember - Tengku Zafrul

Loading...

Permohonan rayuan GKP 2.0 dibuka bermula 7 hingga 21 Dis - Tengku Zafrul

BERNAMA
01/12/2020 


KUALA LUMPUR, 1 Dis -- Permohonan rayuan Geran Khas Prihatin (GKP) 2.0 akan dibuka bermula 7 hingga 21 Dis ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata tempoh ini ditetapkan bagi memberi peluang kepada individu mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan untuk disemak dan diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tengku Zafrul berkata sehingga kini hampir 850,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mikro telah menerima GKP dan GKP 2.0 dengan jumlah bantuan kewangan keseluruhan sebanyak RM2.55 bilion.

"Bagi memastikan PKS mikro yang benar-benar layak menerima GKP 2.0, setiap permohonan disemak silang dengan data agensi yang ditetapkan Kerajaan sehingga 31 Ogos 2020, termasuk di Suruhanjaya Syarikat Malaysia, pihak berkuasa tempatan dan LHDN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Permohonan rayuan GKP 2.0 boleh dibuat secara atas talian melalui portal https://gkp.hasil.gov.my
Loading...
Back To Top