Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pelanggan Restoran Dipukul Kerana Parkir (1 Video)

Loading...

                       


 
Source: Kelab Info Malaysia
     
Pelanggan restoran dipukul kerana parkir

BERNAMA
05/12/2020


KUALA LUMPUR, 5 Dis -- Tiga lelaki bertindak menyerang seorang pelanggan restoran kerana kereta mereka dihalang oleh kereta mangsa di ruang parkir di hadapan restoran tersebut di Jalan Metro Perdana, Taman Usahawan, Kepong, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata dalam kejadian jam 9.50 malam itu, mangsa berusia 30 tahun bersama isterinya sedang menjamu selera apabila didatangi lelaki dalam keadaan mabuk sebelum memukul mangsa.

Menurutnya, mangsa dipercayai diserang kerana meletak keretanya secara ‘double parking’ sehingga kereta suspek tidak dapat keluar dari petak parkir di hadapn restoran tersebut.

“Mangsa dicekik oleh salah seorang suspek yang kemudian memanggil tiga lagi rakan mereka untuk datang ke lokasi.

“Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa beredar untuk mengalihkan keretanya dan semasa berada di dalam kereta, seorang lagi suspek memegang pengunci stereng kereta, seolah-olah mahu memukulnya menyebabkan mangsa panik dan terlanggar sebuah kereta lain,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata polis telah mengenal pasti enam suspek dalam insiden dan akan membuat tangkapan dalam masa terdekat.
Loading...
Back To Top