Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Pegawai Imigresen, Ejen Ditahan Minta Suapan RM22,000 (1 Video)

Loading...

 

MKL Crimedesk
4 Disember 2020


Seorang pegawai imigresen yang bertugas di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur klia ditahan reman seminggu kerana disyaki meminta suapan 22 ribu ringgit bagi melepaskan dua warga china yang ditahan pada isnin lalu. 

Turut direman seminggu bagi kes sama ialah seorang pengarah syarikat yang juga ejen pekerja asing.

Permohonan suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia sprm untuk menahan reman kedua dua suspek itu dibenarkan timbalan pendaftar mahkamah shah alam, nor azilah mat siang tadi. terdahulu, kedua-dua suspek dibawa oleh sprm ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi. 

Pegawai imigresen berusia 26 tahun yang bertugas di bahagian operasi klia itu semalam. menurut sumber, suspek ditahan ketika menerima rasuah di sebuah stesen minyak berhampiran klia kira-kira pukul 7.45 malam bagi melepaskan dua warga negara china yang ditahan jabatan imigresen kelmarin atas kesalahan menggunakan cap palsu. 

Kes ini juga tiada kaitan dengan op selat yang sudah menahan beberapa individu termasuk pegawai imigresen yang terlibat dengan pemalsuan cap. 

Suspek bergerak secara bersendirian dan sudah biasa melakukan perbuatan berkenaan. penahanan itu adalah lanjutan tangkapan seorang pengarah syarikat berusia 40 tahun di sebuah restoran di cheras. 

Modus operandi digunakan adalah pegawai imigresen memberikan ejen butir-butir warga china yang ditahan atas kesalahan imigresen di klia. 

Ejen pula akan menghubungi keluarga mereka di china untuk meminta wang rasuah bagi melepaskan diri daripada tahanan imigresen. Kes disiasat di bawah seksyen 16 akta sprm 2009.

FOR MORE NEWS GO TO:
SPRM Rampas Empat Kereta Mewah Dipercayai Milik Pegawai Imigresen Gred KP19
Loading...
Back To Top