Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kos Vaksin: Khairy Sedia Beri Taklimat Bersyarat Kepada PAC

                        


Malaysia Dijangka Terima Bekalan Vaksin Pertama Februari Depan - Khairy

PUTRAJAYA, 23 Dis -- Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin bersedia memberi taklimat kepada Jawatankuasa
Loading...
Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkenaan pemerolehan vaksin COVID-19 termasuk kosnya secara terperinci.

Namun katanya ahli jawatankuasa itu perlu patuh pada syarat kerahsiaan yang ditetapkan syarikat pengeluar vaksin.

Beliau berkata taklimat itu bagi menjawab kenyataan pemimpin DAP Lim Kit Siang yang mendakwa Malaysia membayar harga vaksin COVID-19 kira-kira 20 kali ganda lebih tinggi berbanding harga yang dibayar kerajaan Belgium.

"Buat masa ini, oleh kerana bukan hanya Malaysia tetapi setiap kerajaan tertakluk dengan syarat kerahsiaan, kita tidak boleh memperincikan harga berdasarkan setiap pengeluar vaksin.

"Kalau kita langgar syarat ini, akan menjejaskan perjanjian kita dengan syarikat-syarikat pengeluar vaksin. Ini adalah syarat mereka, bukan syarat kita," katanya pada sidang media berhubung perkembangan perolehan vaksin COVID-19, di sini hari ini.


KJ: Govt ready to brief PAC over Covid-19 vaccine purchase, ‘marked-up’ cost is fake news
Loading...
Back To Top