Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenyataan Media Covid-19 KKM - DG Hisham

Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 4 Disember 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,144 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 59,061 kes (84.1 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 4 Disember 2020, negara kita telah merekodkan kes harian baharu sebanyak 1,141 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 70,236 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,799 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat tiga (3) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah 1,138 kes.

Negeri-negeri di Lembah Klang melaporkan jumlah kes harian sebanyak 578 kes (50.7 peratus). Negeri Selangor dan Sabah masing-masing melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu 320 kes (28.0 peratus). Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 256 kes (22.4 peratus).

Sebanyak 32 kes (2.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok (18 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), Kluster Bakti (4 kes), Kluster PTS Sibuga (3 kes) dan Kluster Penjara Reman (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 129 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 53 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Untuk makluman, tiada pertambahankes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal  376 kes (0.54 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 4 Disember 2020, terdapat sebanyak 381 kluster telah dilaporkan termasuk lapan (8) kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 193 kluster termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bandaran, Kluster Kolong, Kluster Ramai-Ramai dan Kluster Sentral. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 188 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Tapak Bina Puteh Lama (159 kes), Kluster Teratai (62 kes) dan Kluster Tapak Bina Damanlela (58 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat lapan (8) kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER TAPAK BINA MUDA

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa, Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 346 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA GALERI

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal dalam kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 2 Disember 2020 hasil saringan bersasar di sebuah tapak pembinaan. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 232 individu telah disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT DALAM

Kluster ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks (iaitu kes ke-65320) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 13 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CEMPAKA

Kluster ini melibatkan daerah Kulai dan Kluang di negeri Johor. Kes indeks (iaitu kes ke-68003) yang merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SUNGAI CINCIN

Kluster ini melibatkan daerah Batang Padang di negeri Perak, daerah Segamat di negeri Johor dan daerah Klang di negeri Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-67087) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER HUMA

Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh dan Kota Bharu di negeri Kelantan. Kes indeks (iaitu kes ke-68020) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan kontak rapat. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 80 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN GENTING

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan daerah Bentong di negeri Pahang. Kes indeks (iaitu kes ke-66878) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Disember 2020 hasil saringan tempat kerja. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ATABARA

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan dan Pekan di negeri Pahang. Kes indeks (iaitu kes ke-68017) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 4 Disember 2020, sejumlah 53 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

4 Disember 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 4 DISEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH 320 29,897
SELANGOR 320 (1) 15,854
W.P. KUALA LUMPUR 256 (1) 6,622
NEGERI SEMBILAN 15 5,190
KEDAH 24 2,666
PULAU PINANG 48 2,268
PERAK 47 1,905
JOHOR 69 1,696
W.P. LABUAN 3 1,368
SARAWAK 1 (1) 1,067
PAHANG 15 423
MELAKA 0 390
KELANTAN 20 401
TERENGGANU 0 238
W.P. PUTRAJAYA 2 207
PERLIS 1 44
JUMLAH KESELURUHAN 1,141 (3) 70,236

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,141 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 4 Disember 2020 adalah seperti berikut: 

  • Sabah: 320 kes 
    • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 184 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 75 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 320 kes 
    • 155 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 96 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 68 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 256 kes  
    • 241 kes daripada kluster-kluster, termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Muda, Kluster Tapak Bina Galeri dan Kluster Bukit Dalam;
    • 10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Johor: 69 kes
    • 47 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Cempaka;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Pulau Pinang: 48 kes 
    • 26  kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 47 kes
    • 40 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sungai Cincin;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 24 kes
    • 20 kesdaripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk 19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Huma.
  • Negeri Sembilan: 15 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Genting dan Kluster Atabara.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Tiga (3) kes  daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: Satu (1) kes import dari luar negara.
  • Perlis: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
Loading...
Back To Top