Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Sebab status Islam, Arsenal sisih Ozil


London:
Arsenal didakwa bersikap berat sebelah dan menunjukkan diskriminasi terhadap Mesut Ozil, demikian kandungan surat terbuka Majlis Persatuan Cypriot Turki kepada kelab Liga Perdana Inggeris itu.

Ozil yang beragama Islam dan memenangi Piala Dunia didakwa tidak mendapat layanan sepatutnya.

Surat itu turut menyata Arsenal mempunyai sikap diskriminasi tinggi terhadap komuniti beragama Islam.

Organisasi itu terdiri daripada etnik Turki berasal dari Cyprus di UK dengan populasi seramai 30,000 orang.

Pengerusi persatuan itu, Ertugrul Mehmet mendakwa cara kelab melayan Ozil sangat berbeza berbanding barisan pemain bukan British lain yang turut menentang ketidakadilan.

Arsenal 'menjauhkan diri' ketika Ozil mengkritik kerajaan China yang melayan teruk etnik Uighur Disember tahun lalu.

Kandungan surat itu turut mendakwa Gunners tidak melakukan pendekatan sama apabila rakan sepasukan Ozil, Hector Bellerin menggesa orang ramai keluar mengundi ketika pilihanraya umum UK dengan tanda pagar berunsur kecaman terhadap Perdana Menteri, Boris Johnson

Kelab juga menyokong kapten pasukan, Pierre-Emerick Aubameyang dan penyokong Nigeria bulan lalu yang mengadakan protes menentang keganasan dilakukan anggota polis. - HMetro





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
Loading...
href="http://mindarakyat.blogspot.com/">http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top