Loading...
Harian Metro
28 November 2020
28 November 2020
Polis memburu 10 lelaki dipercayai ahli Geng 66 selepas menyerang tiga remaja di sebuah restoran di Lintas Plaza di Kota Kinabalu, pada Jumaat malam tadi, 27 November.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, ketiga-tiga mangsa berusia 14 tahun itu cedera di muka dan tangan diserang dengan kerusi hanya kerana tidak puas hati dengan cara mangsa menolak untuk menyertai kumpulan berkenaan.
Source: Harian Metro YouTube
Loading...