Loading...
Pesara Mardi maut, isteri cedera ditetak dengan parang
Astro Awani
29 November 2020
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga emas maut manakala isterinya cedera selepas ditetak dalam insiden samun bersenjata di rumah mereka di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya, Bangsar, di ibu negara awal pagi tadi.
Mangsa Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat kecederaan di muka dan leher.
Wan Hassan merupakan bekas pengarah bahagian teknologi maklumat Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.30 pagi, pada Ahad.
"Menurut isterinya, mangsa yang terdengar bunyi bising di bahagian dapur didatangi dua lelaki yang berparang dan meminta duit.
"Mangsa cuba melawan dan seterusnya telah ditetak, malah isterinya turut ditetak di bahagian bahu kanan.
"Suspek kemudian melarikan barang-barang berharga yang belum dapat dikenal pasti sebelum melarikan diri mengikut tingkap dapur," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Anuar berkata kakitangan perubatan mengesahkan
"Isterinya, Sarifah Yusof, 70, mengalami kecederaan di sebelah tangan kanan kerana ditetak," kata Anuar.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Source: Astro Awani
Bekas pengarah bahagian teknologi maklumat MARDI, Wan Hassan Wan Embong 71, maut manakala isterinya cedera .
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 29, 2020
Ia selepas pasangan itu diserang perompak bersenjatakan parang .
Kejadian berlaku di kediaman mereka di Jalan Mambu, Bukit Bandaraya, KL -Ketua JSJ KL pic.twitter.com/1y52LDNsOd
Loading...