Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kilang cuci plastik terpakai digempur


PUTRAJAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor dan Majlis Perbandaran Klang menggempur kilang haram di Telok Gong, Pelabuhan Klang, dipercayai menjalankan aktiviti penghancuran dan cucian plastik terpakai.

Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi status di Facebooknya hari ini, berkata air sisa kilang haram itu didapati dibuang ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran.

 Air sisa kilang haram di Telok Gong dibuang ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran. - Foto Facebook Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man
Air sisa kilang haram di Telok Gong dibuang ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran. - Foto Facebook Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

"Tahniah, JAS Selangor! Operasi bersepadu JAS Selangor dan Majlis Perbandaran Klang telah menggempur kilang haram di Telok Gong. Kilang ini menjalankan aktiviti penghancuran dan cucian plastik terpakai.

"Air sisa dibuang ke alur air sehingga menyebabkan pencemaran," katanya.

Berikutan itu, kilang berkenaan disita mengikut peruntukan Seksyen 38(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127) bagi tujuan penyiasatan yang berkuat kuasa 11 November lalu sehingga satu tarikh penarikan balik yang akan diberitahu kelak.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke
Loading...
href="https://t.me/mindarakyatt">https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top