Loading...
Lima tindakan utama:
(1) Sumber air mentah - Penyelarasan lebih berkesan dengan kerjasama pelbagai Agensi Persekutuan termasuk JAS, SPAN, PDRM dan kerajaan negeri - LUAS di Selangor serta Badan Kawal Selia Air NS untuk pastikan sumber air mentah tidak dicemari. Untuk makluman terdapat lebih 10 agensi yg terlibat untuk mengawal selia pelbagai aktiviti guna tanah dan pembangunan.
- Misalnya aktiviti penternakan dikawal selia oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar; aktiviti perumahan, perdagangan dan industri oleh pihak berkuasa tempatan; dan akuakultur oleh Jabatan Perikanan.
- Jika saiz aktiviti melebihi sesuatu had yang wajib dilakukan EIA, atau premis perindustrian atau loji kumbahan, barulah JAS mengawal selia.
- Dasar ini perlu disemak semula supaya JAS turut berperanan mengawal selia “apa sahaja aktiviti” yang boleh menyebabkan pencemaran tanpa mengira saiz, lokasi dan jenis serta sumber bahan cemar.
(2) Sistem kawal selia yang lebih inovatif melibatkan semua pihak dan agensi menggunakan pendekatan punitif dan preventif:
- Unit Jenayah Alam Sekitar ditubuhkan secara pentadbiran sejak 1 Oktober 2020 melibatkan PDRM, JAS, SPAN dan Jab. Biokeselamatan
- pembinaan 10,000 km Denai Sungai Kebangsaan
(3) Tindakan tegas dan hukuman lebih berat kepada penjenayah alam sekitar dan pencemar alam sekitar.
- Pindaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Perkhidmatan Air Negara 2006 akan dikemukakan kepada Jemaah Menteri bulan November untuk dibawa ke Sidang Dewan Rakyat akan datang.
(4) Membina Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) di Sg Semenyih dan Sg Selangor
(5) Meningkatkan rezab simpanan (reserve margin) air terawat sehingga 15-20%, maknanya walaupun loji rawatan air dihenti tugas tetapi pengguna tetap dapat bekalan air:
- Tingkatkan kapasiti loji termasuk bina loji baru
- Tingkatkan kapasiti tangki simpanan air terawat
- Kurangkan NRW.
- Tingkatkan kapasiti air tebus guna.
- Penuaian hujan pelbagai skala.
- kurangkan penggunaan air 230 liter sehari seorang kepada 180 (sasaran RMK11).
PERANAN MASARAKAT organisasi, individu utk pastikan hal ini tidak berulang?
(1) Fahami konsep pencemaran air sungai eg
- air basuhan dapur terus ke longkang
- basuhan kandang ternakan dan kilang
- kosongkan tangki septik
- kotoran dalam longkang akan ke anak sungai kemudian sungai.
(2) Guna perkakasan jimat air
(3) Guna air secara berhemah: 180, bukan 230 litre air sehari setiap pengguna
(4) Sertai Sahabat Sungai
- Bersama kita bina dan imarahkan 10,000km Denai Sg Kebangsaan
(5) Hayati:
- Mencemarkan sungai adalah berdosa
- Mencemarkan sungai adalah salah dari segi undang-undang
- Melestarikan sungai adalah tuntutan agama dan adab warga negara yang setia!
Zaini Ujang
Nota Percakapan Program MHI TV3
7 Oktober 2020 l Rabu
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...