Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tan Sri Aziz Shamsuddin Meninggal Dunia

Loading...
Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82 tahun

Tan Sri Aziz Shamsuddin meninggal dunia
Astro Awani
17 Oktober 2020


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, 82 tahun, meninggal dunia malam tadi.

Menurut catatan di laman Facebook Majlis Perundingan Melayu (MPM), Abdul Aziz meninggal dunia pada pukul 11.52 malam.

"Solat jenazah akan dilangsungkan di Bukit Damansara selepas solat subuh pada hari Sabtu, 17 Oktober 2020.

"Namun demikian, kami mohon maaf, Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya mengizinkan 20 orang sahaja untuk melaksanakan solat jenazah," kata MPM.

Jenazah akan dikebumikan di Gopeng, Perak.

"Dimohon agar kita semua dapat mendoakan buat Allahyarham, semoga Allah mengampuni segala dosanya dan menempatkan rohnya di kalangan yang beriman," jelas catatan itu.

Allahyarham menjawat jawatan Menteri Pembangunan Wilayah dan Bandar pada 2004 sehingga 2008, pernah menjadi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak serta Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Arwah juga pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Source: Astro Awani

FOR MORE NEWS GO TO:


Loading...
Back To Top