Loading...
Polis Bantu Mangsa Kemalangan
2 Oktober 2020
Seorang lelaki hanya mampu berserah ihsan pengguna jalanraya setelah rebah selepas terbabas di lebuhraya bertingkat penchala link, damansara kira kira jam 12.45 petang tadi. Mangsa dikenali sebagai ahmad zulhilman zulbryner, 30 tahun dipercayai terbabas sendiri melanggar penghadang jalan. Impak kuat itu mangsa terbaring di tepi jalan dalam keadaan kebasahan akibat hujan lebat. Polis trafik dari jspt bukit aman yang kebetulan membuat rondaan segera memberi bantuan sehingga pegawai paramedic hadir sejam kemudian. Pemeriksaan awal dipercayai mangsa mengalami patah rusuk dan menyukarkan alih pergerakan. Mangsa dikejarkan ke hospital sungai buloh untuk rawatan lanjut.
Source: MKL Crimedesk
Sejam tolong payung sambil tunggu ambulans sampai.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) October 3, 2020
Tahniah anggota @PDRMsia_Trafik yang bantu mangsa kemalangan.
Untuk penunggang motosikal, hati hati, sekarang musim hujan.
Jalan licin terutama dikawasan selekoh dan turun bukit.
Kejadian di Penchala Link, mangsa cedera. pic.twitter.com/nl9D0CusjD
Loading...