Astro Awani
26 Oktober 2020
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di bangunan Perdana Putra, di sini, kira-kira pukul 9.20 pagi, Isnin.
Beliau dijangka mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet pagi ini.
Turut kelihatan Presiden MIC, Tan Sri S A Vigneswaran yang tiba kira-kira jam 9.20 pagi, diikuti Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Kira-kira tujuh minit kemudian, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga dilihat tiba.
Terdahulu, Muhyiddin dalam satu kenyataan pada Ahad memberitahu jemaah menteri akan berbincang dengan lebih lanjut berhubung titah Yang
Jemputan untuk membincangkan keputusan mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu itu dipercayai dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum mesyuarat khas itu bermula.
Namun demikian, agenda sebenar mesyuarat khas Kabinet itu masih belum diketahui setakat ini.
Source: Astro Awani
FOR MORE NEWS GO TO:
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/muhyiddin-pengerusikan-mesyuarat-khas-kabinet-di-perdana-putra-265307
Kenderaan yang dipercayai membawa Perdana Menteri @MuhyiddinYassin tiba di Pejabat Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, di sini. @501Awani #AWANINews #AWANITerkini #HapusCOVID19 pic.twitter.com/r24f4sKpCE
— SMFauzi (@FauziSuhaimi) October 26, 2020